MP SANDAKAN BERI SUMBANGAN UNTUK BAIK PULIH MASJID KAMPUNG CAHAYA BARU


Sunday June 19/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

SUMBANGAN....Terima kasih YB.....pengerusi Masjid Kg Cahaya Baru menerima sumbangan tersebut daripada MP Sandakan

SANDAKAN:-Untuk membaik pulih keadaan Masjid Jambatan 9  Kampung Cahaya Baru   yang dalam keadaan usang sempena dibulan Ramadan Al-Mubarak Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tuen Fatt  menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Masjid berkenaan sewaktu  Ahli Parlimen itu membuat lawatan kerjanya ke kampung tersebut  pagi tadi.

Sumbangan  tersebut yang disalurkan itu merupakan wang tunai untuk membeli perkakas-perkakas dan keperluan untuk kerja-kerja  membaik pulih masjid tersebut.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya  untuk membantu seberapa yang mampu kepada orang-orang yang memerlukan”. Katanya.

Sementara Pengerusi Masjid Kampung Cahaya Baru dan bagi pihak jawatankuasa masjid dan para penduduk  berkenaan rasa bersyukur kehadrad Illahi dan berterima kasih walaupun ahli parlimen pembangkang tetapi  mempunyai keupayaan membantu dan bertanggungjawab untuk menolong orang-orang yang dalam kesusahan.




No comments:

Post a Comment