MP SANDAKAN BERI BANTUAN WANG RAYA KEPADA WARGA EMAS KG KARAMUNTING LAMA


Monday June 20/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

SUMBANGAN WANG RAYA....Terima kasih YB seorang warga emas sedang bantuan wang raya daripada Ahli Parlimen Sandakan

KARAMUNTING:- Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat ini warga emas  tidak terpinggir untuk mendapatkan sedikit bantuan berupa wang raya untuk keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga mereka.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt  bersama ahli-ahli DAP Sandakan menghadiri majlis Berbuka Puasa dikediaman Salman di Kampung Karamunting Lama kelmarin petang.

Majlis berbuka puasa tersebut adalah anjuran Pejabat Parlimen Sandakan  yang bertujuan untuk memupuk semangat parpaduan di kalangan penduduk-penduduk setempat khususnya mereka yang sedang menjalani ibadah puasa selama sebulan.
 
Salman bagi pihak penduduk-penduduk Karamunting Lama mengucapkan jutaan terima kasih  kepada ahli parlimen Sandakan dan rombongan kerana sudi betandang kerumah kami sambil menghulur sedikit bantuan kepada warga-warha emas untuk menyambut hari lebaran.



No comments:

Post a Comment