MP SANDAKAN BANTU GOLONGAN MISKIN UNTUK SAMBUT HARI LEBARAN 2016

Sunday June 26/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com


WANG RAYA....terima kasih  YB salah seorang penduduk menerima wang raya.

 
SANDAKAN:- Kebajikan Ibu-Ibu Tunggal-Warga Emas, Anak-Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) tetap terpelihara khususnya dimusim-musim bulan Ramadan Al-Mubarak dan seterusnya mereka bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu mereka telah diraihkan dalam majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Kampung Sim-Sim yang dikelolakan oleh Pejabat Parlimen Sandakan.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama ahli-ahli DAP yangf lain turut hadir bagi meraikan majlis tersebut bersama-sama Umat Islam di Kampung Sim-Sim malam tadi.

Wong yang prihatin dan simpati atas nasib yang menimpa kepada golongan-golongan warga emas, ibu-ibu tunggal,anak-anak yatim dan OKU yang serba kekurangan bakal menyambut hari lebaran lantas Wong menghulur sedikit wang raya kepada mereka untuk keperluan di hari lebaran nanti.


Mereka mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Wong walaupun seorang wakil rakyat dari pihak pembangkang tetapi berjiwa murni sering mendapat kepada golongan-golongan yang amat memerlukan terutama sekali orang-orang miskin.


No comments:

Post a Comment