MP SANDAKAN AGIH-AGIHKAN BUAH KURMA KEPADA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADAN

Wednesday June 15/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Tiga tahun berturut-turut bila mana menjelangnya bulan Ramadan Al-Mubarak  Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah mengagih-agihkan buah kurma kepada setiap orang  yang mengunjungi Baazar Ramadan termasuk para peniaga di baazar berkenaan.


Tujuan memberi buah kurma tersebut adalah sebagai  menghormati kepada kaum muslimin  yang berjalani ibadah puasa selama sebulan.

“Saya sebagai ahli parlimen Sandakan yang mewakili semua kaum tanpa mengira fahaman idologi politik yang berbeza dan juga anutan agama juga bangsa tidak lupa akan jasa-jasa anda kalian maka itu semua perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Pesta Kaamatan dan juga Tahun Baru Cina akan disambut setiap tahun bagi meraihikan suasana perayaan-perayaan disambut dengan penuh kegembiraan” kata Wong.

Turut serta dalam rombongan menagih-agihkan buah kurma iaitu Ketua Cawangan CLC DAP Tanjung Papat Frankie Poon dan lain-lain lagi.



No comments:

Post a Comment