MESYUARAT TAHUNAN 2016 CAWANGAN-CAWANGAN DAP SANDAKAN BERJALAN LANCAR

Sunday June 12/2016

OLEH: AZMIE AZMAN
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

ALBUM....Wong bergambar bersama Ketua-Ketua Cawangan DAP yang dipimpin oleh Bumiputera Islam di beberapa buah cawangan

SANDAKAN:-  Ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi supaya sentiasa memupuk  dan menjalinkan semangat kerjasama antara satu sama lain demi keutuhan perjuangan DAP bukan saja di peringkat CLC  bahkan seluruh cawangan-cawangan.


Perjuangan DAP  bukan untuk satu kaum saja khususnya untuk masyarakat Cina perjuangan DAP adalah untuk semua kaum yang ada di muka bumi  Negara ini tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.

“Kalau DAP didakwa anti Islam anti orang Melayu seperti yang sering didakwa oleh pihak-pihak tertentu itulah adalah tidak benar sama sekali mereka sengaja mengelirukan rakyat Islam  mengenai matlamat dan perjuangan DAP yang sebenarnya.

Pengerusi DAP Sabah merangkap Pengerusi  CLC DAP Bahagian Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok  Tahunan 2016 cawangan-cawangan DAP yang  di adakan dipejabat  Perhubungan DAP Sandakan tadi  pagi.

Katanya DAP semakin hari semakin diterima oleh bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah khususnya di Sandakan ramai orang-orang bumiputera kini telah menjadi ahli DAP di beberapa cawangan yang sedia ada.


Turut hadir para pemimpin kanan DAP daripada Tajung Papat Frankie Poon Elopura George Hiew dan Kalvin Chong Karamunting dan tidak ketinggalan juga  Henry Chin Setiausaha Organisasi DAP Kota Kinabalu.

Seramai 180 orang daripada tujuh (7) cawangan DAP turut hadir dimesyuarat tersebut yang berjalan selama tiga (3) jam itu.






No comments:

Post a Comment