LINDA MP BATU SAPI TINJAU PROJEK NAIK TARAF BILIK KEMAHIRAN HIDUP SMK MUHIBBAH


Friday July 01/2016

GAMBAR MENUNJUKKAN…..Linda (tengah) bersama pegawainya dan staf kanan SMK Muhibbah meninjau Bilik Kemahiran Hidup yang sudah dinaiktaraf lantai



OLEH: WONG EDAN A/L WONG GENDENG
www.sabahinsider14.blogspot.com


BATU SAPI:-  Lantai di sebuah Bilik Kemahiran Hidup di SMK Muhibbah telah dipasang dengan mozek baru-baru ini.

Kerja-kerja penaiktarafan lantai yang sebelum ini hanya dipasang dengan tikar getah, telah dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin menggunakan peruntukan dari Tabung Ahli Parliament beliau.


Linda telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut kelmarin untuk meninjau kerja-kerja pemasangan mozek yang telah siap di bilik yang digunakan untuk Kelas Memasak.

Beliau diiringi oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou dan beberapa lagi pegawai lain.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Linda atas keprihatinan dan usaha beliau membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar sekolah.

Sementara itu, Linda turut menyumbangkan satu set sistem PA yang baharu kepada SK Karamunting. Peralatan berkenaan telah disampaikan beliau sendiri kepada pihak sekolah semasa beliau mengadakan lawatan.

Beliau telah menunaikan pemintaan satu set sistem PA baharu oleh pihak sekolah yang akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti sekolah.




No comments:

Post a Comment