LAJIM-ROLAND DAN KONG BANYAK TERIMA KUTUKAN TAPI PALING BANYAK BERJASA

Tuesday June 12/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com

BARANGKALI  tiga (3)  individu dalam PKR ini Datuk Lajimlah paling banyak menerima kutukan hinaan dan dia juga yang paling berjasa hingga ramai merasa nikmat kerusi ketua menteri dan kerusi menteri-menteri  kabinet dan persekutuan.

Lajim juga yang menyebabkan ramai kaya raya tapi yang dapat hasil ada yang berpaling wajah menghina kutuk dari belakang dan sikap itu kurang wajar.

Saya tidak termakan budi meski dulu DSPL sebagai Menteri di negeri dan persekutuan tapi beliau yang saya perhatikan insan PEMURAH dan cepat membantu siapa saja yang susah dan kekadang terfikir juga gunung yang dicangkul bakal rata juga jika hari-hari dikerjakan.

Yang dapat saya bantu Datuk yang satu-satunya ini hanyalah berdoa dan ia selalu dirahmati Allah selalu.
Individu kedua yang cukup saya kagumi ialah Datuk Kong Hong Ming salah seorang peguam yang banyak berkorban masa membantu bukan saja yang di Tawau malah yang di Telupid, Pitas dan lain-lain.
Datuk Kong banyak membantu orang lokal soal mendapatkan tanah kesan perampasan dan beliau yang berbangsa cina banyak mengambil perhatian membantu orang-orang KDM dan juga melayu islam.

Bagi Datuk Kong tiada pemisah di kalangan hamba Allah meski beda agama, fahaman atau warna kulit.
Yang ketiga juga saya kagumi ialah Yb Roland Chia yang selalu kejar waktu dan hari ini saya sempat bersamanya malah kami selalu sembang.

Dr Roland juga seorang insan yang cukup baik, pemurah dan sama macam Datuk Kong dan Datuk Lajim.

Ketiga insan ini cukup menggerakkan hati saya menulis yang benar dan tulisan ini tanpa dorongan sesiapapun tapi berdasar yang saya perhati dan amati tulisan-tulisan mereka di facebook dan komen kawan-kawan lain tentang keikhlasan mereka.

Segalanya saya rakam kesan kejujuran dan kebenaran meski di sana sini ada yang bercakap sumbang tapi nabi yang baik pun sejak lahir, wafatnya terus dihina, inikan pula tiga individu yang berjuang dalam parti PKR Sabah.
Syabas dan tahniah doa Allah lajutkan usia dan dirahmati Allah.


No comments:

Post a Comment