KRT APARTMENT INDAH JAYA BERI SUMBANGAN SEMPENA BULAN RAMADAN KEPADA PENGHUNI RUMAH AMAL SALAWAT NABI SANDAKAN



Monday June 27/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Buat kebajikan dan amal jariah dibulan Ramadan Al-Mubarak  yang penuh berkat ini  akan  dilimpahkan  ganjaran dan pahala berganda  daripada Allah  S.A.T.

Selain kita mengerjakan ibadah puasa sambil itu bersedekah kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang amat memerlukan satu amalan yang cukup baik sisi Allah.

Begitulah tugasan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) Apartment Indah Jaya yang pergi melawat  ke pusat Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Salawat Nabi (Rumah Anak-Anak) Yatim) Sandakan di Taman Sejati Ujana Batu 7 Jalan Airport dekat sini pagi tadi.

Menurut  Ahli Jawatankuasa RT Apartment Indah Jaya Puan Rohany MJ tujuan  melawat ke rumah anak-anak yatim itu bersama rombongan yang diketuai sendiri Pengerusi  RT adalah untuk memberikan sumbangan ikhlas  sempena di bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagi pihak Pengurusan Rumah Amal Salawat Nabi mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa RT Apartment Indah Jaya atas keprihatinan melawat sambil menghulur bantuan tersebut.




No comments:

Post a Comment