KEMELLIA.....;.. TIDAK WAJAR MUFTI PAHANG SELAR ORANG ISLAM KAFIR-HARAM JIKA BERSEKONGKOL DENGAN DAP

Sunday June 26/2016

(Bagai Mana UMNO yang bersekongkol dengan parti cina/india MCA-Gerakan dan MIC parti bukan pimpinan Islam tidak haram atau kafir kah)


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspt.com

DI Negara kita ini bermacam-macam andaian sama ada datangnya daripada orang intelektual atau sebaliknya yang menyatakan kalau orang Islam bersekongkol dengan parti DAP hukumnya haram, barang kali DAP parti dipimpin oleh bangsa cina.

Kenapa kalau UMNO berkerjasama atau bersekongkol dengan MCA-Gerakan dan MIC parti yang bukan dipimpin orang bukan Islam bangsa cina dan India kenapa Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman  mereka tidak dicap sebagai tergolong haram.

Apa bizanya DAP parti Cina dengan MCA dan Gerakan pun parti Cina juga kenapa orang Islam yang bersekongkol dengan DAP di cap sebagai kafir dan hukumannya haram di mana satu hadis yang menyebut perkataan haram seumpama ini.

Nampaknya Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman terlalu banyak makan dedak (Kai Hong) daripada UMNO itulah politik dicampur adukan dengan agama. Akidah mana yang Mufti Pahang gunakan orang Islam menjadi ahli atau bersekongkol  dengan DAP hukumnya haram sisi agama Islam mana satu hadis yang menyatakan sedemikian rupa.


Malaysia ada sebuah kerajaan Islam kononnya tetapi ramai para pegawainya meluluskan lesen-lesen perjudian rumah-rumah pelacuran itu pula tidak pernah  dipertikaikan oleh Mufti Pahang haram.

Ini terang-terang di Negara Malaysia 80 peratus banyak menganjurkan gejala maksiat  disemua sudut, kenapa tidak diperkataan haram.

Sepatutnya politik jangan dicampur adukan dengan agama semasa arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat masih hidup parti PAS pernah menjadi rakan dalam kelompok parti Pakatan Rakyat antara PAS-DAP dan PKR sebelum wujudnya Pakatan Harapan kenapa pada masa itu tidak tinbul soal haram.

Soal hukum Hudud yang bakal dilaksanakan di Negara ini bukan sahaja di tentang oleh DAP bahkan UMNO sendiri turut menentang begitu juga MCA-Gerakan dan MIC mereka tidak setuju sama sekali jika di Negara ini diwujudkan undang-undang hukum Hudud,

Walaupun hukum Hudud hanya di kenakan kepada orang-orang Islam yang melakukan  kesalahan dan hukuman ini tidak dikenakan bukan Islam tetapi tetap di tentang oleh UMNO-MCA-Gerakan dan MIC.

Perkara ini disuarakan oleh seorang Aktivis Sosial Masyarakat Dato Seri Paduka Kemellia Hassan ketika diminta mengulas dua kenyataan yang berasingan  masing-masing bertajuk: “UMNO Tolak Hudud,MCA Hina Hudud Mengapa DAP Jadi Sasaran” terbit diportal The Sabah Insider.net pada 25/06/2016  dan Orang Islam Bersekongkol dengan “DAP Harap Tapi UMNO Bersekongkol dengan MCA-Gerakan da MIC Kenapa Tak haram” terbit diportal The sabah Insider.Net pada 25/06/2016.

Saya bukan orang yang cerdik pandai setakat mengingatkan Mufti Negeri Pahang kalau buat kenyataan  kena fikir terlebih dahulu bukan membabi buta ikut emosi sahaja.

Kena  ambil kira disemua sudut bukan main hentam keromoh saja orang ada mata ada telinga mereka tahu keadaan disekeliling jangan sesakali melontarkan perkataan orang itu kafir sebagai seorang alim ulamak yang mempunyai ilmu pendidikan agama yang cukup  Mufti Pahang harus pandai membezakan haram dan halal’ Kata Kemellia yang lebar.



No comments:

Post a Comment