JAKIY TAYAN MERAYU AGAR KEROSAKAN JALAN RAYA PAITAN-KINABONGAN DI NAIK TARAF

Monday June 27/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsider14.blogspot.com

SUGUT: Kerosakan Jalan Raya penghubung antara  Paitan dan Kanibongan dalam kawasan Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang sekian lama diabaikan perlu dinaik taraf atau diturap semula.


Menurut salah seorang Usahawan Jakiy  Tayan Jata yang mengwar-warkan perkara dilaman FBnya  meminta pihak kerajaan khusus Ahli Parlimen Beluran dan juga ADUN Sugut agar mengambil inisiatif dan proaktif bagi menangani masalah kerosakan jalan tersebut.
 
Katanya lagi jalan raya adalah penting bagi penduduk setempat sebagai alat perhubungan untuk pergi kesesuatu tempat destinasi yang tujui.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya sudah banyak kenderaan yang lalu  menggunakan jalan itu mengalami kerosakan teruk.


Diharap bila tersiarnya berita ini di portal online The Sabah Insider.Net MP Beluran Datuk Ronald Kiandee dan ADUN Sugut Datuk James Ratib dapat mengabil tindakan drastic untuk membawa masalah kerosakan Jalan Paitan-Kinabongan kepada pihak kementerian yang bersangkutan.

No comments:

Post a Comment