JAKARIA-JUSLIE SAMPAIKAN SUMBANGAN RAYA PENDUDUK ULU DUSUN

GAMBAR KELIHATAN….Kelihatan Zakaria serta Juslie sedang menyampaikan bantuan kepada para penerima di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Bahagian Gum Gum di Masjid Kg Gum Gum

 Friday July 01/2016

OLEH: PANAU A/L KURAP KUDIS
www.sabahinsider14.blogspot.com 

GIM-GUM:-  Bantuan Aidil Fitri kerajaan yang disalurkan kepada golongan asnaf adalah ikhlas dan bertujuan meringankan beban golongan tidak berkemampuan.

"Bantuan yang disalurkan pada setiap menjelang sesuatu perayaan juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim sekaligus mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa,"

Demikian dinyatakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama dan Penyampaian Bantuan anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara di Kampung Ulu Dusun.

Ini kerana maklumat berhubung politik yang dijaja pihak tidak bertanggungjawab hanyalah  kenyataan semata-mata, tambah Zakaria.

Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum yakin rakyat masih menyokong kepimpinan kerajaan masa kini.

Hadir sama, Pengurus Kumpulan, Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara, Hajah Rosinah Abd. Moin.

Pada majlis tersebut  Zakaria turut menyampaikan sumbangan berbentuk kelengkapan siaraya untuk kegunaan masjid Kampung Ulu Dusun

Pusat Zakat Sabah turut menyampaikqn sumbangan kepada 90 penerima sementara 136 yang lain menerima sumbangan peribadi Zakaria.

Sementara itu, Zakaria bersama Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol juga menyampaikan bantuan dari Pusat Zakat Sabah, Bank Rakyat dan juga pihak yang berhormat sendiri kepada hampir 300 penerima dalam satu lagi majlis yang lain.

Majlis penyampaian sumbangan Ramadhan Bahagian Gum- Gum itu telah diadakan di Masjid Kampung Gum Gu


No comments:

Post a Comment