DEFINASI/ISTILAH BUMIPUTERA MANA (SUDAH PERGINYA RCI)

Monday June 27/2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

SEKARANG penduduk Sabah mendekat lima juta, padahal penduduk sebenarnya mendekat tiga juta. Dari mana selebihnya yang dua juta itu?

Awalnya penduduk Sarawak lagi ramai banding Sabah dan tiba-tiba sejak 10 tahun kebelakangan ini penduduk Sabah dalam keadaan melampau dan Sarawak begitu jauh ketinggalan.

Apakah orang Sabah ini memang hebat menambah rakyat untuk mencapai saranan Mahathir mencecah 70 juta umat? Rakyat Sabah boleh berfikir dan memberikan jawaban pasti.

Bila memikirkan hal ini. maka saya rasa definasi/istilah kata BUMIPUTERA itu harus dikaji kesan semacam menjadi rebutan dan semua orang menuntut.

Jika tuntutan dipenuhi maka anak-anak Sabah yang asal kalangan Murut, Kadazan, Dusun, Bajau, Irranun, Rungus, Kadazan, kedayan, Brunei dan banyak lagi akan terkapai-kapai bakal berhadapan waktu-waktu yang gelap gelita.

Kerana itulah saya fikir kerajaan terutamanya wakil-wakil rakyat di DUN Sabah harus membawa usul dan membahaskan isu ini demi kepentingan anak bangsa mendatang.

Seperti yang saya katakan namanya BUMIPUTERA itu harus ditukar kepada ORANG ASAL yang nanti ada terma-temannya tertentu sebagai penjelasan.

Perkataan ORANG ASAL sudah cukup jelas dan atas sebab itu tiada siapa bakal akui yang diri mereka orang asal dan ini memang perlu dibahas dan ditetapkan.

Kedua seperti masa-masa lalu pihak Jabatan Pendaftaran negara harus semula memikirkan status dalam kad pengenalan harus kekalkan nama suku dan jika kadazan maka kadazanlah sukunya kecuali atas permintaan pemilik/ibu bapa untuk dikatakan anaknya bangsa Brunei/ Bajau kalau ada perkahwinan campur.

Hal ini hendaklah jelas agar tidak lagi ada kekecohan dan permohonan yang boleh mengwujudkan ketidakstabilan anak bangsa asal dan ini untuk menjamin anak-anak Sabah yang sebenar-benarnya.

ULASAN EDITOR KANAN PORTAL THE SABAH INSIDER.NET

Mengenai kedudukan Bumiputera yang terdiri dari Orang Asal Sabah tidak dinafikan  semasa pemerintahan  kerajaan di bawah naungan  Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diterajui kepimpinan  Presidennya Tan Sri Joseph Parin Kitingan  beliau serta ahli-ahli yang  berketurunan Kadazan Dusun bermati-matian menentang  kewujudan Bumiputera Klon (Bumiputera  Foto Stat).

Sekali PBS telah  menyertai gagasan Barisan Nasional (BN)  Pairin yang dulubnya amat  disanjung tinngi oleh suku-suku Kadazan dan Dusun sehingga digelar Hogon Siau Pairin kini jadi membisu seribu bahasa mana sudah suara lantangnya.


Kerajaan telah berjaya menubuhkan  badan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (Royal Commissioner Investigation-RCI) untuk  meneliti kad-kad pengenalan yang dipegang oleh Warganegara Klon itu dari nombor H.0335XXX hingga H.0533XXX tetapi  di mana kesudahan badan penyiasatan itu mati ditengah-tengan jalan niat hendak membasmikan para pemegang kad pengenalan projek tidak kesampaian.

No comments:

Post a Comment