APA SEBENARNYA KERANA WANG SANGGUP BUAT APA SAJA

Jumaat Jun 10/2016


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com

KERANA WANG.....tega buat apa saja
RAKYAT jadi bingung kesan kenyataan selalu berubah. Hari ini lain dan esok bisa berubah.

Terakhir konon pengaturcara komputer bebas yang sebelum ini mendakwa ditipu dalam penjualan 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat hari ini tampil dengan akuan bersumpah (SD) terbaru untuk menafikan yang terdahulu.

Dalam SD pertamanya, Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Namun, segala berubah hari ini."Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengenali individu yang bernama Ema atau juga 'Ratu Naga' dan tidak pernah menjalankan apa-apa urusan dengannya.

"Sebelum ini, saya telah diupah untuk mengadakan sidang akhbar berdasarkan teks yang diberikan oleh orang yang mengupah saya iaitu Badrul Hisham Shaharin ," kata beliau dalam SD terkini itu.

Sukar dipercaya setiap apa saja kenyataan terutama sekali bila terkait isu politik.


No comments:

Post a Comment