ADUN SEKONG SAMPAIKAN BUBUR LAMBUK KEPADA UMAT ISLAM DI MASJID NURSSYAKIRIN INDAH JAYA



Saturday June 25/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI

GAUL-KACAU BETUL-BETUL......Samsudin sedang menggaul bubur lambuk Indah

SANDAKAN:- Sudah menjadi kelaziman Jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) Apartment Taman Indah Jaya dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurssyakirin Indah Jaya mengadakan pembahagian bubur lambuk kepada para Jemaah masjid dan orang-orang Islam disekitarnya.

Kelmarin selepas solat Assar  satu majlis pembahagian bubur lambuk tetah diadakan di perkarangan Masjid Nurssyakirin Indah Jaya  kelihatan umat Islam berduyun-duyun datang semata-mata ingin mendapatkan bubur lambuk yang diusahakan oleh AJK RT Apartment Indah jaya yang cukup enak untuk santapan berbuka puasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri  kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya telah menyampaikan upacara pembahagian bubur lambuk kepada umat Islam di sekitarnya.


Dalam Ucapan ringkasnya    Samsudin menyeru umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa  di bulan Ramadan Al Mubarak supaya sentiasa menjaga tatatertib dan menjauhi segala perbuatan yang terlarang yang boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala.

“Kita berpuasa bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga akan tetapi menjauhi segala perbuatan mungkar agar puasa kita lebih sempurna dan  di berkati Allah di bulan yang penuh berakah itu” katanya.

GAMBAR....Barisan AJK RT Apartment Indah Jaya


Sambil itu Samsudin menasihatkan  Umat Islam yang bakal menyambut hari lebaran   nanti bila berbelanja agar lebih berhemah jimat cermat ikut kemampuan jangan  boros kerana  sedia maklum harga barang-barang kini telah melambung tinggi belilah barang-barang yang perlu sahaja dan  sambutlah  hari raya secara sedarhana.
 


Lebih kurang 200 umat Islam yang datang dari pelbagai tempat  untuk mengambil bubur lambuk yang diagih-agikan itu.

No comments:

Post a Comment