ADUN INANAM ROLAND CHIA TINJAU MASALAH JALAN PULUTAN MENGGATAL

Saturday June 25/2016



OLEH: SHAIMON S JUMADI dan
 ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogsot. com

TINJAU....Roland Chia turun padang bagi meninjau Jalan Pulutan Menggatal Dalam Keadaan Kotor


INANAM: Tugas seorang wakil rakyat bukan semudah itu yang kita fikirkan walaupun ADUN itu terdiri daripada ahli pembangkang namun tanggungjawab dan peranan serupa juga dengan ADUN-ADUN parti pemerintah.

Sebagai ADUN Inanam yang telah diberi mandate oleh rakyat daripada pelbagai suku kaum maka segala kebajikan dan segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk disesuatu kawasan yang diwakilinya tetap sentiasa dalam perhatian dan selanjutnya dipantau untuk mencari jalan alternative  bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
 
Begitulah tugas  peranan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh wakil rakyat kawasan Iananam Roland Chia membuat lawatan kerjanya bagi meninjau Jalan Pulutan Menggatal  di mana banyak laporan diterima oleh penduduk sekitarnya bahawa keadaan  jalan tersebut sangat kotor akibat  kerja-kerja pemaju sungai yang menjadi punca masalah kepada penduduk setempat.


Dalam pada itu ADUN Inanam Chia berkesempatan berbincang dengan wakil pemaju dan wakil penduduk berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah jalan yang dimaksudkan itu dengan kadar segera.


No comments:

Post a Comment