ZAKARIA ZIARAHI BEKAS PENYELIA KESELAMATAN DISERANG STROK OM PETRUS

Thursday May 26/2016

Gambar Kelihatan….Petrus mengucapkan terima kasih kepada Zakaria kerana menyumbangkan kerusi roda untuk beliau.

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

GUM-GUM:-  Seorang bekas penyelia keselamatan sebuah kawasan perumahan di Gum Gum yang diserang strok, telah diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris baru-baru ini.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda yang baharu untuk Petrus Bin Ola di rumah beliau di Kampung Gum Gum.

Warga emas yang berusia 78 tahun itu , telah diserang strok pada jam 10.45 malam , Mei 8 lepas. Beliau telah dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan.

Apabila mendapat tahu berhubung kejadian tersebut, Zakaria telah pergi ke rumah Petrus untuk melihat keadaan Petrus serta berjumpa dengan ahli keluarganya.

Petrus kelihatan menangis tersedu-sedu apabila bersalam dengan Zakaria sambil mengucapkan terima kasih kepada Zakaria atas keprihatinannya.

Hadir bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan pemimpin setempat.




No comments:

Post a Comment