TIGA KELUARGA DILANDA ANGIN KENCANG KG BATU 12 DAPAT BANTUAN BAHAN PEMBINAAN.....ZAKARIA



Wednesday 25/2016\



Gambar Menunjukkan…..Zakaria (tengah) menyampaikan bantuan bahan pembinaan kepada tiga keluarga di Kampung Banting sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai UPPM Gum Gum dan Pejabat Kebajikan Am Sandakaan


0LEH: SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM:-  Tiga keluarga di Kampung Banting, Batu 12 Jalan Labuk dimana bumbung rumah mereka mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang pada Mei 8 lalu, telah menerima bantuan bahan pembinaan dari Pejabat Kebajikan Am Sandakan baru-baru ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil keluarga di rumah Ketua Kampung Kamal Karim.

Rumah terbabit adalah milik Ketua Kampung Kamal Karim, Nasri Jikri dan Norsidah Nasir.

Hadir bersama ialah Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Sandakan Jailani Majit, Sumitro Sayam dari Unit Kebajikan Produktif dan Komuniti Sandakan, Abdul Wahid Mohd Amin, Penolong Pegawai Pembangunan Masyrakat Pejabat Kebajikan Am Sandakan, Kamal M Said, Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum dan Rosly Aziz, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum.

Sebahagian dari bumbung rumah terbabit rosak setelah ditiup angin kencangjam lebih kurang 1 petang pada 8 Mei 2016. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Kampung Kamal Karim mengucapkan terima kasih kepada Zakaria serta Pejabat Kebajikan Am Sandakan atas keprihatinan dan bersyukur kerana mendapat bantuan bahan pembinaan tersebut.

Menurut Kamal Karim, ini merupakan kali kedua bumbung rumah beliau rosak ditiup angin kencang sejak menetap disitu sejak 20 tahun.


No comments:

Post a Comment