STEPHEN WONG PENGERUSIKAN MESYUARAT PAKATAN HARAPAN NEGERI


Tuesday May 10/2016

HADIR MESYUARAT PAKATAN HARAPAN.... Kelihatan Stephen Wong  lima dari kiri




OLEH: THOMAS SINGGIUK
SHAIMON S JUMADI
FOTO LILY  JANE JR
www:sabahinsider14.blogspot.com

KOTA KINABALU:- Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt telah  mempengerusikan mesyuarat DAP-PKR dan AMANAH di ibu negeri kelmarin.


Dalam perbincangan tersebut PAKATAN HARAPAN yang membariskan DAP-PKR dan AMANAH sebulat suara telah bersetuju pembahagian kerusi pada PRU14 nanti supaya pembangkang satu lawan satu menentang calon-calon Barisan Nasional (BN)

Wong berkata lagi agar kesilapan yang berlaku di PRN11 Sarawak ia tidak akan berulang lagi  dimana berlakunya  pertindihan calon dan DAP dan PKR bergeseran sehingga memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional Sarawak pada PRN11  negeri itu.

“Di Sabah kalau kita letakan calon DAP contoh di kawasan Elopura biarlah DAP lawan satu sama satu menentang calon BN begitu juga kalau kita telakan calon PKR kawasan  Sekong  biarlah  PKR lawan BN sendirian seterusnya AMANAH juga”  kata Wong.

Sambil itu Wong  yang juga Ahli Parlimen Sandakan (DAP) merayu dan meminta masyarakat Cina Kadazan-Dusun Murut dan  bumiputera Islam  bersatu hati menyokong calon-calon DAP-PKR dan AMANAH pada PRU14 nanti untuk  memberi mandate kepada PAKATAN HARAPAN untuk membentuk kerajaan negeri.

Wong yang baru kembali daripada  menerima rawatan buah pinggangnya di Hospital Besar Kuala Lumpur  semoga Wong beroleh kesihatan dan kejahteraan selalu hendaknya.








No comments:

Post a Comment