SEMUA KEROSAKAN PERHENTIAN BUS KAWASAN BATU SAPI AKAN DIBAIKI SEGERA .....KATA LINDA TSEN

Wednesday May 25/2016




Gambar Kelihatan…..Linda (tengah) meninjau keadaan perhentian di sepanjang Jalan Cecily

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot. 


BATU SAPI:-   Lapan perhentian bas di sepanjang Jalan Cecily yang rosak dan berada dalam keadaan usang akan dibaiki dalam tempoh terdekat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin selepas beliau meninjau kemudahan awam di Jalan Cecily ketika program turun padang beliau baru-baru ini.

Beliau berkata tujuh perhentian bas akan dibaiki manakala satu lagi yang terletak berhampiran SJK (C ) Lok Yuk akan diganti dengan perhentian bas yang baharu.

Menurut Linda, beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk melaksanakan kerja berkenaan dalam tempoh terdekat demi keselesaan dan keselamatan penduduk-penduduk.

Beliau akan menggunakan peruntukan  Ahli Parlimen beliau untuk mebuat kerja-kerja pembaikan serta pembinaan kemudahan tersebut.

Turut hadir dalam tinjauan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.



No comments:

Post a Comment