RAYMOND TAN MEMUTARBELITKAN KENYATAAN MP SANDAKAN STEPHEN WONG


Wednesday May 25/2016

Kenyataan  Media  Pengerusi DAP Sabah dan Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) pada 21hb Mei:-

Beberapa hari yang lalu, saya mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah pinjam sebanyak RM131.7 billion daripada KWSP dan kebimbangan saya terhadap keupayaan kerajaan untuk membayar balik hutang tersebut telah mencetuskan penafian dan kritikan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian Raymond Tan dalam akhbar kemalrin.
 
Saya rasa sangat hairan kerana jawapan Tan kepada saya terdapat tafsiran yang terlalu berlebihan dan ucapan saya telah dibesar-besarkan, di sini saya ingin memberi pembetulan dan mengutuk Raymond Tan atas sebab memutarbelitkan kata-kata saya.

Yang pertama, berdasarkan sistem Parlimen British Westminster, Kerajaan seharusnya memberi balasan kepada soalan ahli parlimen dalam bentuk secara lisan dan bertulis, oleh itu, ini bukan “perbuatan baik” eksklusif kerajaan BN. Tan memujikan perbuatan itu sebagai “indeks keberkesanan kerajaan” adalah amat menjijikkan dan memang berniat untuk mengelirukan rakyat. Saya ingin memberitahu Raymond Tan, menjawab soalan-soalan wakil rakyat adalah semangat demokrasi yang paling asas, BN sepatutnya berbuat demikian.

Kedua, ia merupakan tanggungjawab saya untuk bersuara untuk rakyat Sandakan dan Sabah, kerana saya merupakan wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat. Saya mendapati ramai orang rasa bimbang akan KWSP membeli bon kerajaan dan akan menjejaskan pencen mereka. Saya bersuara untuk semua rakyat dan saya berharap Kerajaan akan memberi balasan dan jaminan bahawa duit yang dipinjam oleh Kerajaan tidak akan ada masalah bayar balik sekiranya kerajaan terlibat dalam masalah kewangan.

Ketiga, sudah tentu saya tahu wang itu digunakan untuk melabur, banyak negara melakukan perkara yang sama, disebabkan oleh pembelian bon kerajaan, yang bermaksud bahawa sekiranya kerajaan berlaku masalah kewangan, maka kerajaan tidak akan mampu untuk membayar balik. Kita tidak mahu melihat kesilapan seperti pelaburan 1MDB membawa kepada kerugian lebih daripada RM50bilion, dan akhirnya Kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membayar hutang, ia adalah amat tidak adil.

Di samping itu, syarikat-syarikat Kerajaan dan yang berkaitan juga banyak hutang dengan KWSP dan pencen kakitangan awam yang melibatkan kepentingan orang awam.

 Sebagai contohnya, aset KWSP berjumlah RM 598 billion, terdapat RM 131.7 billion, iaitu sebanyak 20% telah digunakan untuk membeli bon kerajaan. Kerajaan Persekutuan haruslah memastikan bahawa kerajaan berupaya untuk membiayai faedah dan perlindungan kepada pendeposit KWSP, ini adalah permintaan asas saya.

Kita minta kerajaan untuk bertanggungjawab dan bukanlah minta Raymond Tan untuk mengutuk orang yang bimbang akan isu tersebut. Tan tidak patut mengkritik rakyat yang bimbang akan isu hutang tersebut, beliau haruslah sedar rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan. 

Kita juga haruslah faham mengapakah semakin banyak orang bimbang akan isu hutang tersebut. Sebab saya membangkitkan Greece sebagai contoh kerana negara tersebut merupakan contoh yang terbaik. Ketika negara itu menghadapi krisis kebankrapan negara, pencen rakyat Greece telah kurang sebanyak separuh disebabkan masalah kewangan di negaranya, yang merupakan satu perkara yang sangat malang.

Saya faham Tan bersemangat untuk mempertahankan Tuan beliau, cuba sedaya upaya untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi Tan sebagai ADUN Tanjung Papat, seharusnya berdiri dalam kedudukan pemikiran rakyat dan bukan mengkritik sembarangan. Ini adalah amat tidak adil kepada rakyat. 

Adakah PM menerima sumbangan politik sebanyak RM 4 billion adalah sesuatu yang betul? Kenapa Tan tidak mempersoalkan PM untuk memenuhi peranannya sebagai wakil rakyat?

Sedangkan Tan menafikan kerajaan menghadapi masalah kewangan dan mendakwa kerajaan berjaya menarik pelaburan yang luar biasa, oleh itu, Tan seharusnya rendah hati mendengar suara rakyat dan kebimbangan rakyat, untuk memastikan hak pendeposit KWSP terjamin dan bukanlah di sini cuba memutarbelitkan kata-kata saya.

Saya dengan sesungguhnya menegaskan bahawa ini adalah kebimbangan rakyat, saya sebagai mewakili rakyat, mesti bersuara untuk rakyat dan mengemukakan soalan-soalan untuk rakyat. Ini adalah satu proses semak dan imbang kerajaan.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment