Perkhemahan Kadet dan Kursus Kepimpinan NCO St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Sandakan.


Tuesday  May 03/2016

OLEH: KREW SJAM
ADMIN TSI


SANDAKAN St John Ambulans Malaysia (SJAM)  Kawasan Sandakan telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Kadet dan Kursus Kepimpinan NCO, bertempat di SMK Sandakan 2, Jalan Sibuga. Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula dari 29 April hingga 1 Mei 2016 yang lalu.


Aktiviti perkhemahan tahun ini terdiri dari pendirian khemah, senamrobik, usungan,kawad kaki dan pertandingan, juga diberi ceramah CPR dan balutan oleh pegawai perubatan dari HDOK dan pegawai SJAM. Di samping itu, penganjur menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah untuk para peserta.

Perkhemahan kali ini disertai 79 ahli dari 13 buah sekolah menengah. Sekolah tersebut adalah SMK SandakanSMK Sandakan 2SMK Elopura Bestari, SMK Elopura 2, SMK Pengiran Galpam, SMk Batu Sapi, SMK Merpati, SMK Libaran, SMK Gum-Gum, SM St Michael, SM Konven St. Cecilia, SMK Beluran dan SMK Bukit Garam.

Pemerintah SJAM Kawasan Sandakan Encik Tan Chuan Joo menyatakan bahawa perkhemahan ini mencapai matlamatnya.


 Beliau yakin dalam 3 hari 2 malam ini, para ahli bukan sahaja telah meningkatkan ilmu pertolongan cemas, tetapi juga mengukuhkan semangat berkumpulan dan disiplin diri.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para pegawai atas pengorbanan masa cuti ini untuk aktiviti yang membawa manfaat kepada ahli-ahli SJAM.

Presiden SJAM Kawasan Sandakan Datuk Kong Kwok Wah dijemput merasmikan majlis penutupan.

Dalam ucapan beliau, beliau berharap dengan pengetahuan pengurusan dan kepimpinan yang diperolehi, peserta dapat menyampaikan dan mengembangkan ilmu kepada divisi sekolah masing-masing. Beliau menaruh harapan kepada jawatankuasa pelaksana untuk meningkatkan bilangan penyertaan pada tahun depan.


Datuk Kong menyeru kepada wakil SJAM Negeri yang turut hadir dalam majlis ini untuk terus memberi bantuan dan sokongan padu kepada SJAM Kawasan bagi segala aktiviti yang menbawa kebaikan kepada semua.

Selepas itu, Datuk Kong menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta perkhemahan. Anugerah Kadet Ambulans Terbaik disandang oleh Mohd Idham dari SMK Sandakan dan Kadet Perawatan Terbaik disandang Angel Xavier Owen Lim dari SMK Beluran.




No comments:

Post a Comment