PENCEMARAN.......PENGUSAHA BESI BURUK BAKAR DI TEPI JALAN MPS PERLU AMBIL TINDAKAN DRASTIK


Saturday May 07/2016


OLEH: SONTOLOYO GATEL PAKLOSO
www.sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:  Tindakan seorang pengusaha besi buruk membakar sampah sarap serta sisa buangan lain di tepi jalanraya di Jalan Maktab, Batu 1 ½ Jalan Utara telah menimbulkan keraguan pencemaran udara dari kalangan penduduk persekitarannya dan juga pengguna jalan yang lalu lalang di situ.

Jelas kelihatan besi buruk yang dikumpul oleh pengusaha tersebut diletak bertimbun di ruang lapang  tepi jalan berkenaan.  Selain dari aspek pencemaran akibat pembakaran sisa buangan dan bahan-bahan plastic secara terbuka, kawasan itu boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Elopura Chan Tzun Hei telah meninjau tempat  itu bersama Kapitan Cina kawasan Elopura James Leong selepas menerima beberapa aduan dari penduduk kawasan berhampiran.



Menurut seorang penduduk pengusaha itu membakar sampah sarap dan sisa buangan di tepi jalan raya setiap petang dan yang menyebabkan udara di sekitar tercemar oleh bahan plastik dan toksik yang membahayakan kesihatan awam.

Aktiviti pembakaran sedemikian ini telah dilakukan oleh pengusaha itu lebih dari tiga tahun.

Ketika ditemui media di lokasi berkenaan, Chan memberitahu bahawa pihaknya akan mengajukan perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar dan jabatan-jabatan berkenaan seperti Majlis Perbandaran Sandakan untuk tindakan lanjut.

Chan juga meminta kerjasama dari pengusaha supaya menghentikan pembakaran secara terbuka yang dilakukannya itu sehingga pihak-pihak berkenaan  memberi pengesyoran terhadap operasi beliau (pengusaha).





No comments:

Post a Comment