MUIS-JHEAINS GAGAL MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI BADAN DAKWAH SYIAR ISLAMIAH


Tuesday May 17/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

MAJLIS Ugama Islam Sabah (MUIS)  yang diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebagai badan dakwah Islam negeri Sabah nampaknya gagal memainkan peranannya untuk meningkatkan dakwah syiar Islamiah yang boleh dibanggakan oleh segenap masyarakat Islam seluruh Sabah.

Sebagai buktinya di mana ramai di kalangan Imam-Imam  Qariah dan  Imam Rawatib  yang telah kembali ke Rahmatullah  (Meninggal Dunia) di beberapa kampung khususnya di daerah Sandakan tiada orang yang menggantikan tempat Imam-Imam yang sudah menjadi Arwah.

Contohnya Kampung Air , Kampung Gas Kampung Sungai Batang dan beberapa buah kampung lagi yang tidak sempat disenaraikan ini sejak kematian imam-imam Qariah atau Imam-Imam Rawatib kampung-kampung tersebut kini  tiada mempunyai  imam  ditempatkan di kampung-kampung berkenaan.
 
Sekiranya  penduduk-penduduk kampung itu ada kematian disebabkan kampung berkenaan tiada mempunyai Imam Qariah atau imam Rawatib mereka terpaksa menjemputkan imam Qariah atau Imam Rawatib dari kampung yang berjauhan untuk mengejarkan fardhu kipayah.

Kenapa pihak pengurusan pentadbiran JHEAINS tidak pernah atau terlintas di hati mereka untuk melantik orang-orang yang  difikirkan layak jadi imam-imam tersebut di sesebuah kampung.

Adapun golongan muda menjadi imam Rawatib akan tetapi mereka tidak bertahan lama ini disebabkan mereka tidak di bayar sebarang elaun dari kerajaan khususnya jabatan Agama Islam.


Ketiadaan imam-imam Qariah dan Imam-Imam Rawatib di kampung-kempung yang dimaksudkan itu kini telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk setempat bila kah pihak JHEAINS akan  melantik orang-orang yang tertauliah sebagai imam-imam tersebut.




No comments:

Post a Comment