MPS MENUNDA CAJ PARKING DI BANDAR-BANDAR SATELLITE …KATA KEMELLIA

Thursday May 12/2016



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TINDAKAN Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  mengenakan caj  letak kereta (parking fee) di Bandar satellite  dari Bandar  Kim Fung  Indah Jaya hingga Bandar Sibuga Jaya bener-benar menyusahkan rakyat khususnya para pemilik kenderaan jika jadi dilaksakan.

Pihak MPS mula beroperasi mengenakan caj parking di Bandar-Bandar satellite  itu bermula pada 1hbh Mei lalu mendapat bantahan oleh semua pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah dan juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  tetapi sekarang telah ditunda kesuatu tarikh yang belum dipastikan.

Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan Aktivitis Masyarakat  mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin iaitu Datuk Au Kam Wah  ADUN Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong kerana membantu menyelesaikan rakyat yang bakal berdepan dengan caj parking yang membebankan seluruh rakyat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran  Sandakan (MPS) kerana sedia mendengar rintihan masyarakat  juga pandangan-pandangan dari kedua pemimpin itu lantas menunda pelaksanaan cak parking  di kawasan-kawasan Bandar satellite “katanya.

No comments:

Post a Comment