MP BATU SAPI LAWAT TAPAK PROJEK BAIK PULIH BALAIRAYA KG AIR


Sunday May 08/2016

OLEH: SONTOLOYO MALIM KUNDANG
www:sabahinsider14.blogspot.com

Gambar Kelihatan……Linda (dua kanan) bersama pegawai beliau dan Jafar di pintu utama balai raya Kampung Air
  
BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin serta pegawai-pegawai beliau telah mengadakan lawatan ke Kampung Air untuk meninjau balai raya yang siap dibaikpulih baru-baru ini.

Linda mengarahkan kerja baikpulih berkenaan dilaksanakan menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya selepas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Air Jafar Mustafah mengutarakan keadaan daif balai raya kepada beliau.

Beliau berharap penduduk akan rasa lebih selesa ketika meghadiri acara keramaian kampung yang diadakan di balai raya tersebut selepas diberi “wajah baharu”.

Jafar yang hadir bersama Linda dan rombongannya, mengucapkan terima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau terhadap masalah penduduk kampung dalam kawasan Batu Sapi.

Turut hadir dalam program turun padang Ahli Parlimen Batu Sapi ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.



No comments:

Post a Comment