LINDA RASMI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2016 PBS ELOPURA


Monday May 09/2016




GAMBAR KELIHATAN…….LINDA MENYAMPAIKAN CENDERKENANGAN KEPADA THIEN SAMBIL DIPERHATIKAN PEMIMPIN PARTI LAIN

OLEH: SONTOLOYO TUNTALOU
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:  Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani insiden penculikan untuk tebusan di perairan Pantai Timur Sabah adalah untuk menjaga keselamatan rakyat jelata.

“Tindakan sedemikian perlu  oleh kerana penculikan untuk tebusan telah sering berlaki di perairan Sandakan dan Pantai Timur Sabah secara amnya,” kata Ketua Bahagian PBS Elopura Datuk Linda Tsen Thau Lin ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan bahagian tersebut di sini kelmarin.

Langkah-langkah itu termasuk perintah berkurung dan baru-baru ini larangan perdagangan tukar barang dengan negaran jiran di Pantai Timur Sabah, tambah beliau.
“ Tindakan-tindakan ini mungkin menyusahkan sesetengah pihak, tetapi adalah perlu untuk menjaga keselamatan rakyat jelata,” kata Linda.

Dalam perkembangan lain, satu masalah di Kawasan Elopura yang telah mendapat perhatian orang ramai ialah kejadian tanah runtuh dari lereng bukit di Taman Indah Jaya. Dengan kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan Sabah, pelan penyelesaian telah ditemui, dan kini kita menunggu peruntukan dari Kerajaan untuk melaksanakan pelan ini, katanya lagi.

Kita menghadapi banyak cabaran dan salah satu daripadanya ialah fenomena  El NiƱo yang mengakibatkan kemarau panjang dan jerebu tahun lepas dan tahun ini. Dengan adanya hujan dan dengan langkah-langkah tebatan dan pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaan, kerosakan telah diminimakan, kata Linda.

Satu lagi cabaran ialah kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi lain. 

Beliau yang juga Ahli Parliment Batu Sapi, berkata dengan perlaksanaan langkah-langkah berjimat cermat oleh kerajaan dan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, impak negatif kejatuhan harga ini telah dapat dikurangkan.

“Kita juga sedar bahawa masalah kelembapan ekonomi turut melanda Sandakan. Di parlimen, saya telah meminta Kerajaan Persekutuan membantu mengatasi masalah ini dengan menjadikan Lapangan Terbang Sandakan satu hub untuk menarik lebih banyak penerbangan dan lebih ramai pelawat ke Sandakan,” tambah Linda.

“Dengan penambahan bilangan pelawat ke Sandakan, adalah diharapkan industri pelancongan dan kegiatan ekonomi boleh digalakkan,” katanya.

Sementara itu, tetamu kehormat Datuk Thien Fui Yun yang merupakan Naib Presiden parti merangkap Ketua Bahagian Gum Gum, dalam ucapan perasmian beliau berkata, dalam 31 tahun sejak penubuhan parti, PBS mengamalkan sikap kerjasama dan  toleransi antara semua kaum di negeri Sabah.

Kita sedar bahawa perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Sabah, khususnya negara Malaysia. Negara yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya, kata Thien lagi.

Lebih dari 300 ahli dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura menghadiri mesyuarat agung tahunan yang diadakan di sebuah restoran terkemuka di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Tetap Mesyuarat merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah Ahli Chin Tet Min, AMT Chin Tzu Min, Ketua Bahagian Karamunting Kong Nyuk Thou dan barisan AJK Bahagian dan ahli-ahli parti.



No comments:

Post a Comment