KENAPA ORANG TAWAU GANGGU TANAH ORANG NABAWAN

Friday May 13/2016


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH

MEMANG benar sesiapapun asal Sabah boleh memohon tanah di mana-mana pun jika tidak melanggar peraturan yang sedia ada.
Tanah itu penting dan kalau sudah jadi milik orang lain maka kita tidak berhak masuk ganggu hak orang dan itu dianggap menceroboh boleh dianggap salah. 
Kerajaan punya slogan "rakyat diutamakan" dan bila bercakap soal ini maka seharus kerajaan laksanakan janji-janji demi kepentingan rakyat bukan kepentingan kroni sukuk sakat pemimpin UMNO atau BN semata. 
Jika tanah itu di kampung Layon maka harusnya diutamakan yang tinggal di kawasan itu sendiri terlebih dahulu sebab yang tinggal di sana bakal beranak pinak perlu lokasi untuk mendirikan rumah kesan kampung kian menyempit.
Alangkah tidak lojik jika kerajaan luluskan orang Tawau yang langsung tiada sanak saudara/suku sakat di sana dapat tanah di kampung Layon dan ini langsung tidak masuk akal sedang yg di kg berkenaan ada tak punya tanah malah dihalau macam haiwan.
Jika hal ini tidak dibantah pasti hanya kalangan parti pemerintah suku sakat saja memiliki tanah dan pulau-pulau  di Sabah ini dan yang lain bakal merempat di tanah milik tuan tanah kedawung. 
Tak hairan ada orang Sandakan, Semporna bakal punya tanah ribu-ribu ekar di Tenom atau Sipitang dan orang Tenom Sipitang berputih mata.
Keadilan apa namanya ini? keadilan TAHI KUCING dan ambil kesempatan kesan kesusahan


No comments:

Post a Comment