KEMENTERIAN KESIHATAN LEWAT NAIK TARAF DUCHESS OF KENT HOSPITAL SANDAKAN....DAKWA WONG


Wednesday May 25/2016


OLEH KREW DAP
www:sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) mengkritik kerajaan persekutuan kerana mengabaikan isu ketidaklengkapan kemudahan Hospital Duchess of Kent Sandakan, kelewatan menaiktaraf kemudahan sama seperti perbuatan yang tidak mengambil kira nyawa pesakit di Sandakan.

Beliau telah menerima jawapan oleh YB Datuk Seri Dr. S Subramaniam, Menteri Kesihatan pada sidang Parlimen minggu yang lalu mengenai soalannya “Bilakah Kementerian Kesihatan akan memberi Peruntukan untuk menyelesaikan masalah kemudahan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan seperti berikut:-


(a) dua buah lif yang rosak, hanya satu boleh berfungsi serta hanya satu ambulans boleh berjalan panjang, sekurang-kurangnya diperlukan 7 buah ambulans; dan
(b) Mesin dialysis yang tidak mencukupi di hospital serta pengubahsuaian dewan pembedahan yang belum lagi selesai.”

Yang pertama, mengenai masalah pengoperasian lif di Blok Pakar di HDOK, Kementerian telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.7 juta bagi penggantian tiga (3) unit lif di Blok Pakar dan pelaksanaannya adalah secara berfasa di mana satu (1) unit lif telah siap diganti pada tahun 2015 manakala baki dua (2) unit lif akan mula diganti pada tahun ini dan akan berfungsi pada akhir tahun ini.


Walau bagaimanapun, beliau amat tidak berpuas hati, hanya RM1.7 juta pun mengambil masa yang begitu panjang untuk menghabiskan kerja, hal ini adalah amat tidak masuk akal. Lif adalah amat penting di hospital untuk mobiliti pesakit dan pelawat ke hospital, 1 unit lif yang berfungsi adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan orang ramai. Katanya, isu ini telah berkali-kali dibangkitkan di Parlimen, tetapi tindakan kerajaan yang lambat telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Sandakan.

Yang kedua, mengenai pengubahsuaian dewan pembedahan yang belum lagi selesai. Kementerian Kesihatan memberi jawapan bahawa peruntukan berjumlah RM500 ribu telah diluluskan untuk menaiktaraf kemudahan dewan bedah pada tahun 2015 dan kerja-kerja menaiktaraf tersebut melibatkan empat (4) buah dewan bedah. Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf tersebut, empat (4) buah dewan bedah tersebut telah ditutup dan operasi Dewan Bedah ditampung oleh empat (4) buah dewan bedah yang lain. 


Walaubagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf dewan bedah tersebut oleh kontraktor yang dilantik telah tidak berjalan dengan baik dan Kementerian telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan kontraktor yang tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah melantik kontraktor yang baru bagi memastikan kerja-kerja naiktaraf dewan bedah tersebut dapat disiapkan dengan sempurna dan jangkaan kesiapan kerja adalah sebelum penghujung tahun 2016.

Jawabnya beliau, walaupun masih terdapat dua buah dewan bedah beroperasi, tetapi salah satu buah digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja, jadi, tinggal satu buah dewan bedah sahaja adalah sangat tidak mencukupi dan hal ini telah melambatkan jadual pembedahan pesakit , ramai pesakit telah dihantar kepada hospital yang lebih jauh, seperti Lahad Datu untuk menjalani pembedahan, dan untuk pesakit yang memerlukan pembedahan, ini membawa masalah dan kesulitan kepada mereka.

Beliau juga mengkritik bahawa Kerajaan tidak mengambil kira nyawa rakyat kerana bilik operasi adalah kemudahan perubatan yang sangat penting. Kerja-kerja menaiktaraf dewan bedah tidak harus mengambil masa yang begitu panjang, ini akan menjadi satu risiko kepada pesakit, oleh itu, Kerajaan haruslah menggesa kontraktor tersebut untuk menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf tersebut dengan secepat mungkin.

Yang ketiga, bagi kemudahan ambulans di HDOK Sandakan, buat masa ini secara keseluruhanya mempunyai lima (5) buah ambulans. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) buah ambulans telah mengalami kerosakan major akibat kemalangan, manakala tiga (3) buah ambulans lagi masih berfungsi. Oleh yang demikian, atas keperluan yang mendesak, Kementerian telah memutuskan untuk mengagihkan satu (1) buah ambulans baru kepada hospital berkenaan dan pembaikan ambulans yang terlibat dalam kemalangan akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Beliau mengkritik menteri tidak bercakap benar, kerana buat masa ini, HDOK hanya terdapat satu ambulans boleh memberi perkhidmatan jarak jauh, ia juga bermaksud bahawa pesakit yang tinggal di kawasan yang lebih jauh akan tidak dapat mendapatkan perkhidmatan ambulans pada tepat masanya, ditambah pula dengan isu kekurangan dewan bedah yang disebutkan sebelum ini, sekiranya berlakunya kemalangan dan kejadian yang besar, ini akan menjadikan mereka yang cedera menjadi pertaruhan.

Yang terakhir, bagi kemudahan hemodialisis pula, Kementerian berkata bahawa HDOK kini mempunyai sejumlah tiga puluh (30) unit mesin hemodialisis, buat masa ini, bilangan mesin hemodialisis adalah mencukupi untuk HDOK. Dalam hal ini, beliau menjawab bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) buah daripada tiga puluh (30) buah mesin hemodialisis adalah tidak berfungsi. Ini telah menyebabkan kekurangan mesin hemodialisis untuk memenuhi keperluan pesakit, dan terdapat sesetengah pesakit dipaksa untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, secara tidak langsung, beban pesakit telah ditingkatkan.

Beliau juga mengkritik kerajaan tidak harus menafikan dan menyangkal faktanya mesin dialisis yang tidak mencukupi menyebabkan ramai pesakit terpaksa perlu pergi ke hospital swasta untuk rawatan. Hospital kerajaan harus mengambil kira peningkatan mesin hemodialisis secepat mungkin, untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, kerana mesin hemodialisis adalah sangat penting untuk pesakit. Hospital awam, peranannya sebagai pembekal keperluan awam, kerajaan haruslah memastikan mesin hemodialisis yang mencukupi, untuk menjaminkan hak-hak pesakit.



Beliau melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap jawapan yang diberi oleh Kementerian Kesihatan. DAP percaya bahawa penjagaan kesihatan merupakan sumber awam, Kerajaan seharusnya memberi keutamaan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik, supaya hak rakyat dijamin. Tetapi kini HDOK mempunyai begitu banyak masalah, ditambah pula tindakan kerajaan yang lambat, kemudahan yang tidak dinaiktaraf dan dikemaskini dengan kadar segera, semua ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya di sektor penjagaan kesihatan.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment