KEMARAU PENDUDUK ZON GUM-GUM MENERIMA BEKALAN AIR MINUMAN..... ZAKARIA

Monday May 16/2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www, sabahinsider14.blogspot.com


Gambar Kelihatan…..Zakaria (topi putih) menyampaikan air minuman kepada wakil Kampung Jaya Bakti kelmarin


GUM-GUM:-   Penduduk di 11 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum yang mengalami masalah bekalan air berikutan cuaca kemarau, telah menerima air minuman dari UMNO Bahagian Libaran.

Penghantaran fasa ketiga ke Kampung Jaya Bakti dan Kampung Sungai Memanjang  di Jalan Beluran telah dilakukan oleh rombongan dari UMNO Bahagian Libaran diketuai oleh Naib Pengerusi Bahagian merangkap ADUN Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris kelmarin.

Menurut Zakaria, sebanyak 299 kotak air minuman telah dihantar dimana penduduk Kampung Jaya Bakti dan Kampung Sungai Memanjang masing-masing menerima 185 kotak dan 114 kotak.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berharap penghantaran air minuman akan dapat membantu meringankan beban penduduk-penduduk pada musim kemarau ini.

Turut hadir ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Zakaria turut memberitahu bahawa projek bekalan air yang menelan belanja lebih kurang RM 40 juta yang kini dalam peringkat awal pemasangan paip, akan memanfaatkan lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung termasuk Jaya Bakti dan Sungai Memanjang.

Katanya, pelaksanaan projek itu menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional peka dengan keperluan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan yang mendesak seperti air bersih.

Pelaksanaan projek ini akan dapat meringankan beban tentang kesukaran penduduk mendapatkan bekalan air  bersih ketika kemarau, apabila projek tersebut siap sepenuh kelak, tambah Zakaria.

Sementara itu, penduduk kampung berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin UMNO Bahagian Libaran khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,  Zakaria dan Ahli Parlimen Datuk Juslie Ajirol yang prihatin terhadap pemasalahan yang dialami mereka .



No comments:

Post a Comment