BIROKRASI KERAJAAN KENAPA JAWATAN KETUA DAERAH MEMBAKUT TIDAK BERIKAN KEPADA KDM?


Tuesday  May 03/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wwww.sabahinsider14.blogspot.com

SAYA terbaca tulisan cikgu saya namanya Godfrey Urih Daya dan dalam tulisan itu dijelaskan yang jawatan ketua daerah Membakut kalangan KDM sudah tiga tahu kosong. 
Kerusi buat bangsa cina dan Brunei di daerah Membakut sudah lama diisi sedang kerusi dikhaskan untuk KDM dibiar kosong sejak tiga tahun lalu. Kenapa? 
Dijelasnya kalangan KDM sudah membisik2kan perkara berkenaan mahu jawatan berkenaan diisi tetapi rasanya tiada kalangan KDM berani menyuarakan secara terus terang.
Di mana letaknya keberanian kalangan pemimpin KDM dalam BN di Membakut hingga diam macam uluntakuyung?
Kenapa tidak seorangpun berani keluar dan bersuara lantang untuk kerusi berkenaan diisikan oleh kalangan KDM di Membakut.
Apakah kalangan KDM di Membakut itu bangsa PELARIAN alias PTI atau hanya Brunei dan cina sahaja layak duduki kerusi ketua daerah di Membakut? jelas tidak adil 
Saya tidak ada kepentingan dan yang saya mahu di Membakut itu rata2nya penduduk terdiri kalangan KDM (45%) Melayu/Brunei(45%) dan selebihnya cina dan lain-lain. Lalu kenapa KDM dipinggirkan.
Yang saya mahu perjuangankan agar YB yang mewakili rakyat DUN Membakut dan MP Kimanis bagi pihak penduduk Membakut hendaklah bersikap adil tanpa pilih bangsa, agama, warna kulit atau keturunan bangsa di sana.
Seperti saya katakan yang saya tidak berkepentingan dan saya lihat cikgu Godfrey Urih Daya merupakan yang aktif perjuangkan keadilan dan selalu bergiat dalam kegiatan kebajikan, maka secara adil dan tepat dia harus diberikan peluang untuk menduduki kerusi berkenaan.
Kita sekadar menyuarakan mahu keadilan dilaksanakan!


No comments:

Post a Comment