AHLI PARLIMEN SANDAKAN STEPHEN WONG TIAN FATT MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL BESAR KL

Friday May 06/2016

LAPORAN KHAS DARIPADA
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
Ginger Phoong
www:sabahinsider14.blogspot.com
Top of Form

KUALA LUMPUR:- Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt kini sedang menunggu untuk pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur, hari ini juga merupakan ulang tahun ke-3 beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Namun begitu, selama 3 tahun ini, beliau tidak pernah berhenti untuk khidmat rakyat disebabkan pelbagai kesusahan, kerana beliau tahu ini adalah satu misi dan tanggungjawab yang besar. Beliau bukan sahaja merayu untuk rakyat dan menjadi suara rakyat di sidang Parlimen, hampir setiap sesi sidang Parlimen pun akan mengambil inisiatif untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, selepas sidang Parlimen, beliau akan kembali ke Sandakan untuk berkhidmat rakyat. Rutin ini berulang-kali sejak beliau diamanahkan sebagai Ahli Parlimen kawasan Sandakan.

Stephen Wong telah dipilih sebagai Pengerusi DAP Sabah pada tahun ini, beliau memikul tanggungjawab yang lagi besar di mana beliau harus mengembara ke pelbagai kawasan luar bandar di Sabah, supaya DAP dapat memenangi kerusi majoriti di Sabah untuk mencapai matlamat perubahan rejim di Sabah. Akhirnya, beliau telah jatuh sakit pada bulan lepas dan disahkan terdapat batu karang dalam buah pinggangnya, pembedahan harus dijalankan secepat mungkin.

Namun, beliau sedar bahawa sekiranya beliau menjalankan pembedahan, ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi misi yang diamanahkan oleh parti, iaitu sebagai penyelaras pilihanraya di kawasan Mulu, Sarawak, jadi beliau memutuskan untuk menangguhkan rawatan dan menjadi teladan memimpin rakan-rakan DAP Sabah melawat ke kawasan luar bandar yang jauh, dari sebuah rumah panjang ke yang lain. Kadang-kalang beliau terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit disebabkan kesakitan.

Ahkhirnya, pada 2 hari yang lalu, dia tidak tahan kesakitan lalu melawat ke doktor. Selepas berunding dengan doktor dan mengetahui keadaan beliau telah bertambah teruk, barulah beliau berhenti jejak langkahnya di Sarawak dan mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur.

Kita semua tahu bahawa jika bukan keadaan beliau telah bertambah teruk, beliau tidak akan keluar dari Sarawak. Beliau masih berharap untuk melawat ke kampung-kampung yang lain di Mulu, berjumpa dengan pengundi Mulu supaya mendapatkan undi untuk calon DAP di kawasan Mulu, Paul Raja. Meskipun betapa zalim politik duit, betapa mustahil dan sukarnya kawasan ini, beliau tetap memaju dan berjuang dengan berterusan.

Ini bukannya semata-mata Semangat Stephen Wong, tetapi sebaliknya ia adalah Semangat DAP.
Ini merupakan semangat perpaduan dalam demokrasi sosial, walaupun kita berasal dari negeri yang berbeza, bangsa yang berbeza, tetapi kita semua berhasrat untuk membentukkan negara yang lebih baik, bersih, adil dan bebas. Kita bekerjasama dengan rakyat Sarawak untuk memaju dan memberi usaha yang terbesar untuk mengubah negara ini.

Ada orang katanya kita ini Parti Semenanjung atau Parti Cina, sebenarnya mereka salah. Kita merupakan parti yang percaya akan keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Kita berhasrat untuk berjuang untuk Malaysia yang lebih baik. Malaysia, harus dimiliki oleh semua rakyat Malaysia! Malaysia ini, menghormati hak-hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak.
Ia adalah amat berharap bahawa Semangat Stephen Wong boleh mengharukan orang ramai, jalan UBAH ini amat memerlukan sokongan antara satu sama lain, kita percaya bahawa untuk mencapai destinasi hasrat kita, tidak jauh lagi!

Saya berharap DAP akan memang dalam pilihanraya Sarawak 507. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat cepat sembuh kepada Stephen Wong dan berharap beliau boleh mendapat rehat yang sempurna, kerana rehat adalah persediaan untuk penjalanan yang lagi jauh.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
Ginger Phoong
Top of Form


No comments:

Post a Comment