ABANG JOHARI/.... BUKAN KAH PAS ANTI KRISTIAN-BUDDHA DAN HINDU KENAPA LETAK CALUN KRISTIAN DI DUN KAKUS


Friday May 06/2016

OLEH: JANANG A/K NYALOU
www:sabahinsider14.blogspot.com (Kuching)
PAS ANTI KRISTIAN...Kenapa letak calun Kristian di Kerusi DUN Kakus Clement Bayang Dakwa Abang Johari
SERIKEI (KUCHING) Kenyataan Presiden PAS Haji Awang Hadi yang mahu kepimpinan Negeri Sarawak mesti di tadbir oleh orang Islam telah mendapat perhatian umum khususnya ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Hadi bercakap seolah-olah orang sudah nyanyok  hilang akal  kalau PAS benar-benar parti Islam  kenapa PAS meletakan calun bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS pada PRN11 Negeri Sarawak.
Bukan kah PAS anti agama Kristian dan anti Buddha dan anti Hindu sekarang beria-ria meletakan calun PAS bukan Islam  di kerusi Kakus iaitu Clement Bayang
Dalam pada itu Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.


No comments:

Post a Comment