22 PELATIH PDK GUM-GUM TERIMA ELAUN BULANAN

Friday May 27/2016


Gambar Kelihatan.......Haji Abas (kanan) menyerahkan kunci premis baharu PDK Gum Gum kepada Rabbun disaksikan oleh Datin Raisah serta tetamu lain

 

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
 
GUM-GUM:-  Seramai 22 pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gum Gum menerima elaun mereka dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Penaung PDK Gum Gum Datin Hajjah Raisah Haji Jubar di sini kelmarin.
 
Acara yang telah diadakan di premis baharu PDK Gum Gum di Kampung Seri Manis, Batu 16 Jalan Labuk turut menyaksikan penyerahkan kunci premis oleh pengerusi JKKK Kg Seri Manis Haji Abas Haji Labassa kepada pengerusi PDK Gum Gum Rabbun Haji Anggari.
 
Hadir bersama ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said, Guru Besar SK Seri Manis Bistari Asoi, pegawa-pegawai Jabatan Kebajikan Am Negeri, Bahagian Sandakan termasuk mantan Penolong Pengarah Jailani Majit.
 
Majlis berkenaan turut meraihkan kenaikan pangkat Jailani yang akan berpindah ke ibu pejabat Jabatan Kebajikan Am Negeri di Kota Kinabalu.
 
Datin Hajjah Raisah yang juga isteri kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, turut berkesempatan menyambut Hari Guru bersama guru-guru serta semua ibu bapa anak-anak istimewa PDK Gum Gum .
 
Dalam ucapan, Datin Raisah menasihati PDK Gum Gum agar bantuan yang disaluran oleh kerajaan dapat digunakan secara berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini.
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Am yang banyak membantu kewujudan premis PDK Gum Gum bahari ini dan berharap semua yang terlibat dapat meneruskan komitmen jitu serta sentiasa memberikan idea-idea dan cadangan bernas untuk kebaikan pembangunan PDK Gum Gum.
 
Sementara itu, warga Unit PPM DUN Gum Gum memberikan kejutan kepada Datin Raisah dengan menghadiahkan kek kepada beliau sempena sambutan Hari Jadi beliau pada majlis yang sama.

No comments:

Post a Comment