ZAKARIA PUAS HATI KERJA-KERJA PEMBANGUNAN KAWASAN DUN GUM-GUM

Selasa Mac 22.2016


Gambar Kelihatan…..Zakaria diberi taklimat oleh wakil kontraktor semasa lawatan beliau ke tapak pembinaan Fasa 4 Jalan Lintas Libaran berhampiran kawasan Gum Gum kelmarin


OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM- : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris puas hati dengan kerja-kerja beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan DUN Gum Gum.

Menurut Zakaria, pelaksanaan projek tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat jelata.

"Semua projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat," kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri selepas membuat tinjauan sempena lawatan turun padang beliau kelmarin.

Beliau berharap rakyat akan dapat memanfaat sepenuh apabila projek-projek berkenaan siap dibina dalam tempoh yang telah ditetapkan nanti.

Antara projek yang ditinjau oleh Zakaria ialah pembinaan Fasa 4 Jalan Lintas Libaran berhampiran kawasan Gum Gum, pembinaan tambatan di Sungai Gum Gum untuk mengatasi masalah hakisan dan tapak cadangan pembinaan dewan baharu Gum Gum.

Beliau turut melawat Kampung Sinar Baru di Rancangan Sungai Manila di bawah kawasan DUN Sungai Sibuga untuk meninjau kerja-kerja pemasangan paip untuk pembekalan air bersih kepada lebih kurang 150 buah rumah di kampung tersebut.

Sementara itu, Zakaria turut menyampaikan sumbangan peribadi serta barangan keperluan harian dan bahan pembinaan kepada seorang ibu tunggal di Kampung Gum Gum.

Siti Terpilih Pentah, 40, yang berjual makanan untuk sara hidup, telah menetap di kampung berkenaan sejak tahun 1970an. Kini beliau tinggal di sebuah rumah papan yang daif bersama  tujuh orang anaknya. 

Masalah Siti mendapat perhatian Zakaria yang telah mengarahkan pegawai-pegawai UPPM DUN Gum Gum untuk mengenalpasti jenis bantuan kebajikan yang dapat diberikan kepada beliau.

"Pihak Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengadakan gotong royong untuk membantu membaik pulih rumah yang diduduki oleh beliau," tambah Zakaria.

Hadir bersama dengan Zakaria dalam lawatan beliau ialah Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, pegawai-pegawai MPS dan Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pe

No comments:

Post a Comment