TIGA PENDUDUK KAMPUNG ISTIMEWA DAPAT BANTUAN BAIKI RUMAH.....LINDA TSEN

Thursday March 31/2016

GAMBAR KELIHATAN……Linda (tengah) bersama Juraidah (kiri) dan Rime (2 kanan) ketika tinjauan beliau ke Kg Istimewa

 
OLEH: AZMIE AZMAN
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


BATU SAPI:- Keprihatinan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)  tiga penduduk Kampung Istimewa di Batu Sapi bertuah kerana  mendapat bantuan dari Ahli Parlimennya Datuk Linda Tsen Thau Lin untuk membaiki rumah mereka yang masing-masing dalam keadaan agak daif.

Linda bersama pegawai beliau termasuk Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou, telah berjumpa dengan penduduk-penduduk terbabit.

Setelah melihat dengan sendiri keadaan rumah-rumah berkenaan, Linda telah bersetuju untuk membantu Mariah Marapas, 48, Juraidah Yusof, 47, dan Rime Marapas, 40, baiki rumah mereka dengan menggunakan peruntukan dari Tabung Ahli Parlimennya.

Ketiga-tiga penduduk itu berasa gembira dengan respon positif dan amat berterima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau dalam mengatasi masalah mereka.

Linda telah mengadakan lawatan turun padang untuk meninjau kawasan dimana beliau telah menemui  penduduk-penduduk kampung untuk mendengar dan mencari penyelesaian terhadap rungutan yang dikemukakan oleh mereka.

“Sebagai ahli Parlimen  yang pilih oleh rakyat saya sentiasa peka dengan permasalahan rakyat di kawasan Batu Sapi dan setersusnya mencari jalan alternative  untuk mengatasi masalah tersebut” katanya.



No comments:

Post a Comment