RAKYAT SANDAKAN BANTAH MPS CAJ PARKING DI BANDAR-BANDAR SATELIT....WONG


 Sunday March 06.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:-   Satu ketetapan telah diputuskan dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa Bertindak Membantah Caj Parking di kawasan Bandar satelit yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada Mei ini telah mendapat persetujuan oleh semua pihak

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang mempengerusikan mesyuarat itu sambil memutuskan untuk memungut tandatangan penduduk-penduduk Sandakan  untuk mendesak supaya Presiden MPS Datuk James Wong sama ada  iaitu ditukar atau dipecat daripada jawatanya yang kini di sandangannya.


Wong bagi pihak masyarakat Sandakan yang mewakili kaum masyarakat Cina dan Bumiputera  berkata James Wong memang tidak layak jadi Presiden MPS kerana kerjanya dari mula sehingga kini tiada lain menyusahkan rakyat khusus yang ditinggal di daerah Sandakan.


Kata Wong lagi kebanyakan penduduk di sini bukannya tergolong daripada orang kaya sudahlah  kerajaan menyusahkan rakyat setiap pembelian barangan dikenakan caj GST ditambah pula beban baru iaitu caj parking di bandar-bandar satelit dari Bandar Kim Fung hingga ke Bandar Sibuga Jaya Batu 8 Jalan Labuk.


Tindakan MPS benar-benar menjurus kepada menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal diFlat-Flat berkenaan yang meletakan kereta sehari suntuk sudah berapa caj parking bakal dikenakan oleh pengguna.





No comments:

Post a Comment