NEGERI SABAH PALING MISKIN DALAM PEMBANGUNAN ASAS DI KAWASAN LUAR BANDAR....KATA WONG


Tuesday  March 15.2016

OLEH STAFF DAP &
SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsider14.blogspot.com


KOTA KINABALU:- Negeri Sabah telah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan tanah persekutuan Malaya  pada tahun  1963  sehingga  kehari ini banyak  kawasan yang terletak di  pedalaman masih tidak berubah langsung tiada kemudahan asas untuk dinikmati penduduk berkenaan.

Pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sering melaung-laungkan Sabah adalah salah satu   negeri termaju dalam segala-galanya cuma rakyatnya tidak berterima kasih kepada kerajaan.

Memang soal kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaaan BN tidak boleh dinafikan tetapi hanya terdapat di kawasan-kawasan yang diwakili ADUN dan MP  BN sahaja yang mendapat perhatian sementara kawasan yang diwakili ADUN dan MP pembangkang langsung tidak dihiraukan

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa Kerajaan Persekutuan jangan mengabaikan kepentingan Orang Asli Sabah dan memandang berat terhadap kadar kemiskinan tinggi di kalangan orang asli Sabah. Beliau juga meminta Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan sumber yang lebih banyak untuk Sabah, supaya masalah pembangunan ketidaksamaan dan tidak seimbang antara Sabah dan Semenanjung Malaysia boleh diselesaikan.
Beliau memberi permintaan tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.

Stephen Wong juga menyatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik sentiasa mempertahankan semangat persekutuan, institusi dan juga status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia. Prinsip ini tidak pernah berkompromasi.

Beliau berkata bahawa Sabah merupakan rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia, tetapi di bawah pentadbiran BN, rakyat Sabah khususnya Orang Asli Sabah masih hidup di bawah garis kemiskinan, yang lagi tragis adalah Orang Asli Sabah sepatutnya Tuan Tanah Sabah, tetapi akhirnya menjadi warganegara kelas kedua.

Selanjutnya Stephen Wong juga melahirkan rasa kecewa kerana Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah pun mengakui bahawa sudah pasti Sabah tak mungkin menjadi negeri yang maju menjelang tahun 2020. Malahan, ia adalah amat menyedihkan bahawa GDP per kapita bagi Sabah adalah dijangka hanya USD 27,496 jauh bezanya berbanding standard Negara maju iaitu USD 50,000 per kapita, hanya separuh dari standard Negara maju.

Malahan, ia adalah lebih menyesali untuk mendapati bahawa mengikut laporan dikeluar oleh United Nation dimana Sabah mempunyai lebih 34 peratus orang asal adalah berhidup dibawah kemiskinan, perbandingan kadar kemiskinan Sabah sebanyak 8.1% dan seluruh Malaysia hanya 0.6%, ini menunjukkan Sabah merupakan antaranya negeri yang paling miskin di Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa mengikut statistik dari kerajaan, golongan pekerja di Sabah mempunyai gaji yang paling rendah di seluruh Malaysia.

Median pendapatan hanya mempunyai RM910 pada tahun 2012, erti kata ada separuh golongan pekerja dapat kurang daripada RM910 sebulan. Berbanding dengan KL atau Selangor iaitu RM2000, median pendapatan golongan pekerja di Sabah separuh pun tak sampai. Ini menunjukkan kesusahan orang Sabah, bukan sahaja orang asal malah seluruh golongan pekerja.

Beliau berkata bahawa salah satu janji daripada kerajaan persekutuan ketika pertubuhan Malaysia ialah pembangunan di Sabah akan diseragamkan dengan Semenanjung dan kehidupan orang asal akan dinaiktaraf.

Tetapi jelasnya, semua ini tidak ditepati malah kehidupan mereka semakin susah. Lagipun, yang lebih membebankan ialah, harga barangan di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia manakala pendapatan Sabah jauh lebih rendah berbanding Semenanjung.

 Stephen Wong juga berkata bahawa di luar bandar negeri Sabah, bukan sahaja orang asal sangat miskin dan mengalami kehidupan yang susah, juga mendapati bahawa banyak lagi kampung-kampung tidak mempunyai akses air dan elektrik, tidak ada perkhidmatan klinik perubatan, tiada akses jalan, ada kabel tiada elektrik, ada paip tiada air, sampai ke hari ini, ramai orang Sabah mengalami kehidupan yang begitu susah. Walaupun Malaysia tinggal lima tahun kononnya akan menjadi Negara maju, tetapi hakikatnya seperti hidup di Dunia Ke-3. Ia amat memalukan.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


No comments:

Post a Comment