MP BATU SAPI ;LINDA TSEN LAWAT MASALAH SISTEM PERPARITAN


Thursday March 10.2016



GAMBAR KELIHATAN…..Linda (tengah) serta pegawai beliau dan pemimpin masyarakat meninjau keadaan parit berhampiran Kampung Karamunting

 OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogaspot.com


BATU SAPI:-  Keadaan parit yang cetek dan kotor berhampiran Kampung Karamunting di Jalan Batu Sapi mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Beliau telah meninjau parit yang bergambut tersebut selepas menerima rungutan dari penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin masyarakat setempat.

Air parit yang mengalir dari bukit di Kampung Bukit Nanas telah menghanyutkan sampah, daun-daun kering serta kotoran lain ke kawasan terbabit.

Linda memberitahu bahawa beliau akan mengajukan masalah berkenaan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri untuk tindakan lanjut.

Para penduduk-penduduk di situ dan Kampung Karamunting telah meminta agar parit yang sedia ada dinaik tarafkan supaya sampah serta sisa kotoran lain tidak mudah tersumbat setelah dihanyut dari kawasan bukit ke bawah.


No comments:

Post a Comment