MASIUNG .......RASMI KEJOHANAN PERLAWANAN BOLA SEPAK ANJURAN RELA TONGOD


Saturday March 26.2016


OLEH: SHAIMON S  JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

MASIUNG... Diperkenalkan pasukan bola sepak yang turut menyertai perlawanan tersebut

KUAMUT:-  Masyarakat setempat harus mengambil bahagian dalam apa juga sukan demi  menjamin  kesihatan tubuh badan  disamping   untuk mencerdaskan minda mental dn  juga fizikal.

Melalui penyertaan sukan yang dianjurkan oleh mana-mana badan penganjur ia menjurus kepada penyatuan dan jalinan mesra di kalangan penduduk setempat .

Sebagai contoh pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh RELA  Tongod saya amat mengalu-alukan usaha murni sebegini kerana melalui peryertaan pertandingan seumpama ini ia boleh merapatkan hubungan mesra di kalangan penduduk-penduduk kampung berhampiran,

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri  Datuk Masiung Banah berucap ketika merasmikan kejohanan pertandingan Bola Sepak anjuran RELA Daerah Tongod kelmarin.

Walaupun Rela merupakan pasukan Sukarelawan bagi tugas utama dalam  menjaga keamanan di daerah Tongod tetapi masih ada ruang menganjurkan kejohanan perlawanan Bola Sepak  semata-mata selain tujuan  untuk menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda fizikal dan mental tetapi juga menjurus untuk penyatuan masyarakat di daerah ini.


“Syabas Rela Daerah Tongod kerana berjaya menganjur sukan pertandingan bola sepak  dan saya harap kejohanan seperti  ini ia boleh dijadikan acara program dan aktiviti tahunan RELA Tongod” Katanya.


Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuamut menyeru rakyat di kawasan Kuamut supaya menyokong dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi tampuk pererintahan  negeri/Negara  kerana dengan adanya sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimimpin Negara maka pihak kerajaan dengan mudah  menyalurkan pelbagai projek pembangunan perdana khususnya di kawasan luar  Bandar.



“Saya sebagai Wakil Rakyat yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat Kuamut akan sentiasa memastikan dan menitikberatkan dalam aspek pembangunan kinfrastruktur khususan di kawasan Kuamut  untuk dinikmati oleh rakyat

No comments:

Post a Comment