GANGGUAN ELEKTRIK MASIH LAGI MENGHANTUI PENDUDUK SANDAKAN...DAKWA WONG

 Friday March 18.2016


OLEH: STAFF DAP
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Walaupun Kerajaan telah  berjanji bahawa kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah telah menurun, tetapi sebenarnya keadaan di Sabah tidak banyak perubahan, khususnya di Sandakan, sehingga hari masih sering mengalami gangguan bekalan elektrik, pemilik perniagaan dan rutin harian rakyat turut terjejas. Hal ini menyebabkan rakyat Sandakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pretasi SESB, terutamanya mereka membayar bil elektrik yang tinggi setiap bulan tetapi perkhidmatan SESB itu begitu buruk.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wing Tien Fatt (DAP)  membangkitkan perkara tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.

Mengenai hal ini Stephen Wong bertanya walaupun harga minyak antarabangsa sudah menurun secara mendadak, tetapi kenapa harga elektrik tidak turun, sedangkan penjanaan elektrik negara kita adalah bergantung kepada minyak? Sejak tahun lalu, harga minyak antarabangsa telah jatuh teruk sehingga satu barrel di bawah 30USD, tetapi harga elektrik tidak ada diturunkan oleh sebab tersebut, sebaliknya Kerajaan berniat untuk meningkatkan kadar tarif elektrik. Apabila harga minyak naik, SESB kata tidak naik nanti akan menyebabkan kerugian, sekarang harga minyak turun, kenapa tidak turun harga elektrik? Hal ini adalah tidak adil kepada rakyat Sabah.

Beliau berkata bahawa sebenarnya pada tahun 2013, harga minyak antarabangsa pada masa itu adalah sebanyak 100USD satu barrel, SESB mendapat keuntungan pendapatan RM 1.42 billion, manakala keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM13.8 juta. Sekarang, harga minyak antarabangsa telah menurun tiga kali lebih berbanding dengan harga pada tahun 2013 dan kadar tarif elektrik juga telah dinaikkan, bukankah ini bermaksud pendapatan SESB akan lebih tinggi berbanding dengan sebelum ini? Namun begitu, SESB juga harus meningkatkan kualiti perkhidmatan kerana kadar tarif elektrik telah dinaikkan, tetapi gangguan bekalan elektrik masih sering berlaku, ini adalah amat tidak munasabah dan tidak adil kepada pengguna-pengguna SESB.

Mengenai isu harga minyak antarabangsa, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air membalas bahawa SESB telah mengalami kerugian pada tahun 2004-2012, jadi kenaikan kadar tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, lagipun kadar tarif elektrik Sabah dianggap masih murah. Kementerian juga telah membuat keputusan untuk mengurangkan kadar tarif elektrik untuk jangka pendek sehingga bulan Jun 2016 disebabkan harga minyak antarabangsa menurun.

Selain itu,  Stephen Wong juga mengkritik SESB sering meningkatkan pembayaran deposit pengguna, di mana ia telah menyebabkan kesusahan orang ramai. Beliau menanya kenapa SESB sering meningkatkan pembayaran deposit pengguna? Ini bukan cara yang betul, kerana setiap kali peningkatan purata penggunaan elektrik, SESB akan meningkatkan bayaran deposit mereka, namun, apabila penurunan purata penggunaan elektrik, pembayaran deposit sering sukar untuk dikembalikan, ini menyebabkan ketidakadilan terhadap pengguna. Beliau juga menerangkan bahawa jika terdapat pengguna tidak membuat pembayaran, SESB boleh menghentikan perkhidmatannya selaras dengan kontrak, bukannya kerap mengenakan bayaran deposit yang lebih tinggi

 Beliau menekankan bahawa SESB bukan syarikat biasa, ia sepatutnya memberi perkhidmatan keperluan dan melaksanakan tanggungjawab kepada seluruh rakyat Sabah, ia harus berjiwa rakyat dan membantu rakyat, bukan untung sama rakyat.


No comments:

Post a Comment