DALAM KEBAKARAN DEKAT TUARAN BAYI 6 BULAN MELECUR

 

Friday March 25.2016

MELECUR.... Bayi 6 Bulan Melacur



KOTA KINABALU – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur di pipinya dalam kebakaran sebuah rumah pekerja binaan di Kampung Telibong, dekat Tuaran hari ini. 

 Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bayi itu dibawa ke Hospital Tuaran dengan kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) untuk rawatan lanjut.

 Kejadian itu dilaporkan kepada Balai Bomba Tuaran pada 10.53 pagi dan pihaknya dapat memadam kebakaran rumah pekerja jenis tidak kekal itu 11.15 pagi, kata JBPM dalam kenyataan di sini. – BERNAMA 

No comments:

Post a Comment