AKTIVITI KUARI PUNCA UTAMA KEROSAKAN SAWAH PADI....WONG

 Saturday March 19.2016

OLEH: STAFF DAP &
SHAIMON S JUMADI

KENINGAU:- Ekoran aktiviti kuari di sepanjang Sungai Pagalan Keningau dekat sini adalah punca kerosakan teruk dan paling serius  terhadap dasar sungai hingga system saliran agihan air masuk ke sawah padi juga turut terjejas
Pihak kerajaan harus pandang serius fenomena ini kerana ia jelas menjejaskan mata pencarian orang-orang kampung berhampiran yang bercucuk tanam khususnya yang mempunyai bendang sawah padi.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian sejurus selepas  meninjau kelokasi tersebut baru-baru ini.
Hal ini telah membawa kesusahan kepada penduduk-penduduk di Keningau. Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk pandang berat terhadap isu tersebut.
Beliau membangkitkan perkara tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh penduduk tempatan, paras sungai Pegalan telah jatuh dengan mendadak daripada paras asal, sehingga menjejaskan sistem agihan air ke padi sawah dan menjejaskan rezeki petani di Keningau.
Beliau berharap Kerajaan boleh secepat mungkin mencari penyelesaian dan memberi peruntukkan untuk membaiki sistem parit pertanian di Keningau supaya rezeki petani di Keningau tidak dijejas sedangkan 80 peratus penduduk kampung sekitar Keningau bekerja sebagai petani dan bergantung kepada hasil bercucuk tanam. Aktiviti bercucuk tanam yang paling utama adalah padi sawah.
Selanjutnya  Stephen Wong juga memberitahu bahawa walaupun penduduk kampung sudah beberapa kali membuat laporan kepada pihak yang berkuasa mengenai dengan keadaan air yang tidak mencukupi, jawapan yang sering kali diberikan kepada penduduk kampung adalah kekurangan dana untuk membeli minyak, dan tiada peruntukan untuk membaiki enjin. Beberapa pump house langsung tidak berfungsi kerana enjin yang rosak, ada yang ditimbuni pasir akibat banjir, saliran sistem pengagihan air padi sawah yang tiada penambahbaikan dan ditumbuhi rumput yang panjang.
Akibat daripada air yang tidak mencukupi ini, padi tidak memberi hasil yang baik. Bukan sahaja hasil pendapatan tuaian padi telah jatuh dengan amat teruk, panduduk kampung juga terpaksa menangguhkan aktiviti menanam padi kerana menunggu sehingga bekalan air benar-benar mencukupi dan ada juga yang terpaksa membatalkan penanaman padi pada tahun ini.
Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh ambil perkara ini dengan sikap yang serius untuk membantu petani-petani orang kampung di Keningau mengatasi masalah ini?
Bolehkah kerajaan memberi peruntukkan untuk menambahbaik sistem parit di Keningau? Beliau berharap kerajaan memandang isu ini dengan serius dan beri satu jawapan yang lengkap bagaimana kementerian boleh bantu dalam isu ini.
Selain itu, Sungai Pegalan telah mengalami kerosakan teruk dan serius akibat aktiviti-aktiviti kuari besar. 
Bukan sahaja pam air tidak dapat menarik air ke saluran sistem air padi sawah tetapi ini telah mengakibatkan hakisan tebing sungai yang teruk. Kesan ini adalah akibat daripada aktiviti kuari dan pengerokan haram oleh beberapa syarikat besar yang telah beroperasi selama bertahun-tahun di sepanjang sungai Pegalan.
Beliau bertanya kenapa kerajaan tidak ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat kuari tersebut yang terlampau menjalankan aktiviti kuari dan pengerokan haram yang menyebabkan kerosakkan Sungai Pegalan. Ia perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja merosakkan potensi pertanian di Keningau malahan keseluruhan pendapatan utama petani Keningau sudahpun dijejas dan mengalami kesusahan.
Di samping itu, beliau juga memberi prihatin terhadap isu harga getah di Sabah adalah jauh lebih rendah berbanding negeri lain malahan Negara lain. Ini adalah amat tidak adil bagi orang Sabah. Beliau menanya pihak kementerian kenapa hal ini boleh berlaku dan bagaimana kerajaan mengatasi masalah tersebut?
 Stephen Wong berkata bahawa kerajaan ada menyediakan inisiatif IPG ke Sabah untuk membantu dan subsidize pekebun dan penoleh getah, bagaimana ia dijalankan untuk memastikan harga getah setaraf dengan Semenanjung? Beliau juga juga meminta penjelasan dan maklumat secara terperinci bagaimana peruntukkan inisiatif itu dibahagi dan berapa orang dimanfaatkan.


No comments:

Post a Comment