WONG MINTA POLIS HUKUMAN BERAT DIKENAKAN KEATAS PENCURI KEBAL ELEKTRIK


Sunday February 21.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-  Kecurian kebal elektrik  bangunan di daerah Sandakan semakan menjadi-jadi memang sukar dibendung  ini disebabkan kegagalan  pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  dan juga pihak Polis.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  meminta pihak kerajaan agar mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang melalukan mencuri kebal-kebal tersebut
Beliau berkata bahawa kabel yang dicuri boleh dijual untuk keuntungan ataupun digunakan untuk tujuan mencuri bekalan elektrik, oleh itu pihak MPS dan polis, dan juga SESB haruslah mengkaji cara-cara mengatasi yang berdaya maju seperti melarangkan orang ramai menjualkan wayar dan kabel lama secara bebas, untuk menyelesaikan masalah kecurian kabel yang sering berlaku. 

Beliau juga menegaskan bahawa kejadian pencurian kabel bukan kali pertama berlaku di Sandakan, sejak beberapa dekad yang lalu pun telah berlaku, tetapi yang amat mengecewakan adalah sehingga hari ini masih berlaku lagi. Katanya, hanya pelaksanaan hukuman yang berat terhadap mereka yang mencuri barulah boleh mengelakkan kejadian pencurian kabel secara berkesan. 

Oleh itu, beliau menggesa pihak yang berkenaan, khususnya pihak Polis untuk mengambil berat mengenai kes kecurian kabel dan menahankan orang yang terlibat secepat mungkin. POSTED BY SABAHKINI.NET

No comments:

Post a Comment