WONG ALU-ALUKAN KERAJAAN BAGI PERUNTUKAN NAIK TARAF SEPANGGAR CONTAINER PORT

Sunday February 21.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt mengalu-alukan terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph  Pairin Kitingan  tentang pengumuman bahawa Kerajaan akan memberi peruntukan untuk menaif taraf Sepengar Bay Container Port  menjadi hab pindah kapal  (Transshipment Hub) di Timur Malaysia.

Dalam masa yang sama  itu Wong  juga mendorong Kerajaan agar  mempercepatkan kadar penyiapan projek tersebut supaya dapat digunakan sepenuhnya.




Beliau berharap Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pembangunan projek tersebut bagi membantu perkembangan perindustrian dan pembangunan di Sabah, dan melalui kedudukan pelabuhan yang berdaya saing tersebut, menarik pelabuhan pelabur asing di Sabah bagi mendorong pertumbuhan ekonomi Sabah.

Beliau berkata bahawa sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Sandakan, beliau sering memberi perhatian kepada masalah ketidaksamaan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, dan telah buat perbahasan di Parlimen mengenai harga barang di Sabah lebih tinggi berbanding dengan di Semenanjung Malaysia dan berpendapatan rendah, salah satu faktornya adalah disebabkan dasar kabotaj. Oleh itu, beliau telah berkali-kali mengkritik kemudaratan yang dibawa oleh dasar Kabotaj kepada ekonomi Sabah dan meminta pemansuhan dasar tersebut, tetapi pandangan tersebut tidak disetujui oleh Menteri Pengangkutan.

Oleh itu, penaiktarafan Sepanggar Bay Container Port kepada hab pindah kapal merupakan satu penyelesaian alternatif di mana harga barang Sabah boleh dikawalkan dan kurangkan impak Dasar Kabotaj terhadap harga barang-barang yang diimport ke Sabah.

Oleh sebab Sabah lebih mundur daripada Semenanjung Malaysia, oleh itu, Kerajaan tidak boleh melewatkan projek tersebut dan sebaliknya haruslah mengguna masa yang lebih cepat dan sumber yang lebih banyak untuk membangunkan Sabah supaya boleh disegerakkan dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment