RAHIMAH PEMIMPIN WANITA DINAMIK BERJIWA RAKYAT.



Friday February 12.206

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsider14.blogspot.com

SEKONG:- Peranan sebagai pemimpin diperingkat Bahagian bukan semudah itu yang difikirkan banyak hal-hal  yang perlu dibereskan perlu dilaksanakan demi kebaikan  setiap penduduk.

Untuk memudahkan satu-satu tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin  diperingkat Bahagian kita harus mendekati rakyat disetiap sudut agar segala permasalahan yang mereka hadapi akan dapat diketahui dan lantas mencari jalan alternative  untuk dipantau atau diatasi.

Begitulah penjelasan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah  ketika membuat lawatan kerjanya di Kampung Bambangan di DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Walaupun Rahimah seorang pendidik (Guru) lantas dia masih berupaya membahagikan waktunya untuk menjengok rakyat dan berjumpa dengan ahli-ahli Wanita Cawangan UMNO Kampung Bambangan untuk menerima maklum balas.

Satu kebanggaan dan kegembiraan tidak ternilai harganya kalau seorang pemimpin Wanita Bahagian datang untuk menjengok ahli-ahli Wanitanya di cawangan-cawangan berkenaan dan setibanya di kampung tersebut Rahimah disajikan makan tengah hari yang berlaukan semua dari sumber hasil tangkapan laut seperti ketam-udang dan ikan itulah istimewanya kalau seseorang sampai ke Kampung Pulau Bambangan.





No comments:

Post a Comment