PENGERUSI AMANAH SABAH AGIH-AGIHKAN ANG POU KEPADA MASYARAKAT CINA BATU SAPI


Saturday February 06.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:- Pengerusi Parti Amanah Negera (AMANAH) Negeri Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah pagi tadi bersama ahli-ahli AMANAH yang lain telah mengagih-agihkan limau Mandarin dan Ang Pao kepada warga sibuga terutamanya keturunan cina.


Hj Hamzah berkata tujuan memberi Ang Pou kepada masyarakat cina yang diadakan di Pasar Taman Mawar, Pasar Tanah Merah  dan Sibuga adalah sebagai tanda penghormatan kepada masyarakat cina di kawasan Batu Sapi yang bakal menyambut Tahun Baru Cina pada 8hb Februari ini.
 

Katanya disamping itu untuk mengenangkan jasa-jasa masyarakat Cina di kawasan Batu Sapi yang merangkumi Tanah Merah, Taman Mawar dan Taman Subuga adalah pengundi tegar pembangkang  khususnya PAS semasa beliau jadi calon Parlimen Batu Sapi pada PRU13 lalu yang meraihkan undi sebanyak 9,800  dimana datangnya undi 70 peratus daripada kaum masyarakat. Cina.





No comments:

Post a Comment