PEMIMPIN AMANAH DAN PEMIMPIN KERAJAAN TURUT SAMA TURUN PADANG MENEMUI MANGSA KEBAKARAN KG DISAYANG.


Friday February 05.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:  Tidak kira mana-mana parti sama ada parti pro kerajaan mahupun parti pro pembangkang dimusim-musim rakyat di timpa musibbah mereka semua turun padang untuk menghulurkan bantuan apa yang diperlukan untuk  mangsa-mangsa kebakaran.

Selepas solat Jumaat tadi Pengerusi Parti Amanah Rakyat Negara Negeri Sabah (AMANAH) Haji Hamzah Hj Abdullah bersama rombongannya telah mengagih-agihkan bantuan berupa makanan kepada mangsa-mangsa tragedy kebakaran Kampung DiSayang Jalan Batu Sapi.

Tragedi berlaku kira-kira jam 10 malam tadi kebakaran yang membabitkan 50 buah rumah hangus dijilat api dan semuanya adalah penduduk Warganegara Malaysia dan pengundi tegar kawasan Batu Sapi.

Hj Hamzah berkata tujuan memberi sumbangan makanan itu adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa terbabit.

“Saya harap apa yang telah terjadi kepada penduduk-penduk Kampung DiSayang   ada dihekmah disebaliknya dan supaya bersabar menempuhi ujian Allah ini” Katanya.

Sementara Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin Dan ADUN Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya turut juga melawat ke kampung berkenaan untuk menemui para mangsa berkenaan.


Wartawan portal The Sabah Insider  telah difahamkan bahawa Kerajaan telah membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berhampiran tempat tragedy itu   setelah diteliti latar belakang mereka yang layak bolehlah diberi keutamaan untuk mendapatkan bagi menduduki rumah baru itu kelak.

No comments:

Post a Comment