PARA IBU TUNGGAL DIGALAKAN JADI AHLI JUWITA…..GESA RAHIMAH



Saturday February 13.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

BATU SAPI:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi  Rahimah Asrah menyarankan agar Persatuan Ibu Tunggal (JUWITA) Parlimen Batu Sapi memainkan peranannya kearah membantu para ibu tunggal di kawasan  Batu Sapi daripada tersisih untuk mendapatkan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

Ibu tunggal sama ada kematian suami atau bercerai hidup mereka digalakan supaya menjadi ahli kepada JUWITA agar setiap keluhan dan rintihan mereka akan dapat  didengar seterusnya mencari jalan untuk mendapatkan pelbagai bantuan dari agensi-agemsi kerajaan.


Rahimah berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Bulanan JUWITA Batu Sapi baru-baru ini.

Katanya para ibu tunggal di kawasan  Batu Sapi yang belum menjadi ahli JUWITA supaya tanpil untuk mendaftar nama-nama mereka kepada Pengerusi JUWITA iaitu Puan Oliah Juwita agar segala kemuskilan para ibu tungga dapat dipantau.





No comments:

Post a Comment