PAKATAN HARAPAN ANJUR GOTONG ROYONG DI KAMPUNG KARAMUNTING


Saturday February 20. 2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

 
KARAMUNTING:-  Kerja Gotong Royong memang satu program berunsur amal jariah ia harus dipupuk dan diteruskan  kerana melalui program sebegini ia menjurus mengikat tali siratulrahim yang intim disamping mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan penduduk setempat.

Nyamuk  Aedes sebenarnya memang suka membiayak di longkang-longkang yang airnya bertakong jadi saliran parit mahupun longkang harus sentiasa airnya mengalir deras ini mengelakan nyamuk membuat sarang untuk bertelur menjadikan jentik-jentik.

Pagi  tadi satu program gotong royong anjuran Pakatan Harapan  dengan kerjasama penduduk-penduduk Kampung Karamunting telah diadakan bagi membersihkan saliran parit dan longkang yang tersumbat ini kemungkinan tempat sarang pembiayak nyamuk Aedes jika dibiarkan begitu saja.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Haji Hamzah Hj Abdullah telah mengetuai program tersebut  bersama-sama penduduk setempat.

Katanya walaupun Pakatan Harapan sebuah parti pembangkang namun mempunyai rasa tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk tambahan lagi sekarang musim wabak denggi berdarah sedang menyerang di beberapa tempat di daerah Sandakan.

“Gotong Royong seumpama ini tidak hanya sampai di sini saja akan tetapi pihak Pakatan Harapan akan terus berusaha sedaya upaya membantu masyarakat yang memerlukan khimat kami Insya Allah kami akan membantunya” kata Hj Hamzah.

Sehubungan itu Hj Hamzah bagi pihak Pakatan Harapan  mengucapkan terima kasih kepada penduduk-pendudul kampung berkenaan kerana sudi bekerjasama untuk menyertai program Gotong Royong itu.


No comments:

Post a Comment