MP SANDAKAN BERIKAN BANTUAN MAKANAN RINGAN DAN -MINUMAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG DISAYANG



Friday  February 26.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:- Sebagai  manusia yang punya keprihatinan dan simpati keatas nasib malang yang telah menimpa kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Disayang kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi  daripada 118 keluarga  yang membabitkan 108 buah rumah  jilat api dalam tragedy kebakaran pada 4hb  Februari ini lebih kurang 50 keluarga terpaksa tidur diluar Dewan PPR Batu Sapi.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong bersama Frankie Poon dan George Hiew pemimpin kanan DAP dan rombongan yang lain telah membuat lawatan bagi melihat sendiri situasi mangsa-mangsa kebakaran yang didakwa mereka tidur di luar legar dewan tersebut sudah 20 hari bermula dari 4hb hingga 24hb Februari.

Wong ingin bertanya pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi sudah kah siap sepenuhnya atau disebaliknya.
  
“Jika sudah siap  sudah adakah  yang memiliki rumah tersebut atau belum jika rumah tersebut belum  dipohon oleh mana-mana penduduk ada baiknya rumah PPR itu diserahkan kepada mangsa-mangsa  yang bertaraf warganegara Malaysia berikan utamaan  kepada mangsa-mangsa berkenaan yang layak memiliki rumah PPR”

:Saya amat simpati terhadap keluarga yang tidak mempunyai rumah mereka terpaksa tidur diluar dewan masalahnya kalau hujan maka tempias  terkena kepada kanak-kanak disitu” kata Wong.

Walaupun pintu dewan telah dibuka  kata Wong  akan tetapi  mereka enggan tidur di dalam sebabnya  hawa terlalu panas sedikitpun tiada udara masuk adapun kipas tidak berfungsi.

“Jadi saya harap Wakil Rakyat Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi agar mencari jalan untuk menempatkan mangsa-mangsa tersebut carilah tempat yang lebih selesa untuk mereka tinggal buat sementara waktu saja” tegas Wong.


Dalam lawatan Wong bersama rombongan lantas membahagi- bahagikan makanan  ringan dan air minuman mineral kepada 50 orang mangsa-mangsa berkenaan.

Tambah Wong sementara mereka yang belum mendapat bantuan mereka akan menyusul kemudian  untuk memberi bantuan seumpananya.

No comments:

Post a Comment